Wednesday, September 25, 2024
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Periksa kedai jual barang-barang lama, mansuh dan berhabuk

    Saya mengucapkan syabas kepada agensi-agensi penguatkuasaan yang bertugas memantau harga barang-barang terkawal di kedai-kedai besar mahupun kecil.

    Tetapi saya juga ingin mencadangkan agar pihak-pihak yang berkenaan terus memantau kedai-kedai lama yang terpencil di kampung-kampung dan pekan setiap daerah.

    Sebilangan kedai berkenaan ada yang menjual barangan dengan harga mahal mungkin kerana mereka mengambil barangan tersebut daripada pihak ketiga atau sebagainya.

    Tetapi itu bukan alasan untuk menaikkan harga barang dan apa yang lebih mengejutkan lagi, sebilangan dalaman kedai berkenaan nampak agak lapuk dengan barangan hampir mansuh dan berhabuk.

    Bagaimanakah boleh kedai berkenaan beroperasi sedemikian rupa?

    Oleh itu, diharap pihak berkenaan akan dapat menegur pemilik premis dan memeriksa kebersihan barang-barang yang dijual untuk pelanggan.

    Kak Kiah

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda