Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peringkat keempat pilihan raya India bermula

    MUMBAI, 29 April – Jutawan dan bintang Bollywood bersama penduduk setinggan di Mumbai bergilir-gilir mengundi hari ini dalam pilihan raya maraton India, tatkala Perdana Menteri Narendra Modi mempertingkat kempen nasionalis beliau untuk mempengaruhi 900 juta para pengundi.

    Menurut Bernama, peringkat keempat pilihan raya India berlangsung pada Isnin membabitkan 72 kawasan di sembilan negeri, di tengah-tengah kes mengenai pelanggaran per-aturan kempen pilihan raya dilaporkan meningkat.

    Seramai 963 calon akan bertanding dan lebih 127 juta pengundi yang layak akan menunaikan tanggungjawab masing-masing.

    Ia meliputi 17 kerusi di Maharashtra, 13 kerusi masing-masing di Uttar Pradesh dan Rajasthan manakala lapan di Bengal Barat.

    Maharashtra yang mempunyai 48 kerusi, mempunyai jumlah perwakilan kedua terbesar di Dewan Rakyat selepas Uttar Pradesh.

    Pilihan raya tujuh peringkat itu akan berakhir pada 19 Mei dan keputusan dijangka diumum 23 Mei.

    Kakitangan media ditempatkan di stesen di mana lelaki terkaya India, Mukesh Ambani, pelakon Bollywood termasuk Amitabh Bachchan dan Aamir Khan, serta legenda kriket India Sachin Tendulkar turut mengundi.

    Bekas Menteri Parlimen Priya Dutt, ahli salah satu keluarga pelakon paling terkenal di India, sedang berusaha untuk kembali kepada parti pembangkang Kongres di Mumbai selepas bersidang dalam perhimpunan Lok Sabha. Aktres Urmila Matondkar turut bertanding untuk Kongres di utara bandar.

    Kebimbangan golongan kaya dan terkenal adalah jauh berbeza daripada pengundi biasa. – AFP

    Pelakon Bollywood, Amitabh Bachchan bersama keluarganya, Jaya Bachchan, Abhishik Bachchan dan Aishwarya Rai selepas membuat undi di pusat pengundian di Mumbai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda