Perintah berkurung dibatalkan di New York

NEW YORK, 7 JUN – Datuk bandar New York Bill de Blasio awal hari ini membatalkan perintah berkurung yang dikenakan oleh beliau ke atas bandar itu selama seminggu tatkala bantahan antiperkauman melanda di sana dan di seluruh negara.

“Semalam dan malam semalam melihat keadaan terbaik bandar kami,” kata de Blasio di Twitter semasa mengumumkan bahawa perintah berkurung sudah berakhir ‘berkuat kuasa sekarang.’

Perintah berkurung dari 8 malam hingga 5 pagi, yang pertama di bandar dalam 75 tahun, berakhir sehari lebih awal sebelum ‘pembukaan semula’ esok selepas berkurung di rumah hampir dua bulan disebabkan pandemik koronavirus.

Minggu ini, New York akan memasuki fasa pertama pelan negeri untuk melancarkan semula aktiviit ekonomi yang ditutup disebabkan COVID-19, yang mengakibat lebih 21000 kematian di bandar yang mempunyai penduduk paling ramai di Amerika.

Peringkat awal pembukaan semula akan membenarkan pembinaan dan pengeluaran disambung semula. Kedai runcit akan dibenarkan pengambilan terhad di dalam kedai dan tepi jalan.

Datuk bandar telah melanjutkan perintah berkurung pada 2 Jun dan bertindak memulakan lebih awal, selepas sejumlah gedung mewah di Manhattan dipecah masuk susulan bantahan besar-besaran berhubung kekejaman polis. – AFP