YANGON, 27 Dis – Pihak berkuasa tempatan Myanmar melanjutkan perintah berkurung di Maungtaw, kawasan konflik yang sensitif di utara negeri Rakhine, selama dua bulan lagi untuk menjamin keselamatan, kestabilan dan kedaulatan undang-undang di negara itu, Agensi Berita Myanmar memetik Jabatan Pentadbiran Am Daerah Maungtaw sebagai melaporkan hari ini.
Arahan itu, yang telah berkuat kuasa mulai Isnin, terus mengharamkan perhimpunan lebih daripada lima orang dan keluar rumah dari senja hingga subuh di antara pukul 6 petang dan 6 pagi waktu tempatan.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)