Monday, March 24, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perintah ‘lockdown’ berkuat kuasa di New Delhi

    NEW DELHI, 23 MAC – Ratusan juta penduduk India diarahkan di bawah perintah ‘lockdown’ selama seminggu mulai Isnin sebagai langkah drastik untuk membendung rantaian jangkitan COVID-19.

    Beberapa penutupan di negara yang mempunyai 1.3 bilion penduduk dikuatkuasa ketika perintah berkurung selama 14 jam yang dikatakan oleh Perdana Menteri Narendra Modi akan menguji keupayaan negara untuk memerangi pandemik berkenaan.

    “Ini adalah permulaan kepada perjuangan yang lama,” tulis Modi di Twitter apabila perintah berkurung berakhir.

    “Rakyat negara ini telah mengumumkan hari ini bahawa kami boleh melawan dan menewaskan cabaran besar ini jika kami mahu.”

    Dengan berakhirnya perintah berkurung, kerajaan merayu negeri-negeri semalam supaya mengenakan ‘lockdown’ mandatori di daerah yang terjejas oleh virus.

    Pengulang-alik disekat oleh polis di tempat pemeriksaan berikutan perintah kerajaan untuk ‘lockdown’ sepenuhnya sehingga 31 Mac di Amritsar, kelmarin. – AFP

    Sejumlah besar negeri dan wilayah, termasuk ibu negara New Delhi, mematuhi perintah dan mengharamkan semua aktiviti kecuali perkhidmatan penting.

    Delhi, dengan 20 juta penduduk, akan menutup sempadan darat mulai esok, dan menutup kedai dan pejabat sektor swasta sehingga 31 Mac. Negeri lain mengenakan ‘lockdown’ separa atau sepenuh, dengan penutupan kebanyakan sempadan, mengehad pergerakan dan menghentikan pengangkutan awam.

    India melaporkan hampir 400 kes disahkan setakat ini, menurut temu bual media tempatan dengan doktor, meramalkan keadaan mungkin akan menjadi lebih serius.

    New Delhi mencatatkan 27 kes sehingga semalam, dengan enam kes merupakan jangkitan antara komuniti.

    Pihak berkuasa persekutuan dan negeri mengumumkan penggantungan perkhidmatan pengangkutan dan penutupan pasar, sekolah, panggung wayang dan tempat-tempat awam lain.

    Hanya seperempat perkhidmatan pengangkutan awam beroperasi untuk menghantar kakitangan perkhidmatan kesihatan, makanan, bekalan air dan elektrik. – AFP/Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda