Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perintah tahanan dilanjutkan

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 April – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, memerintahkan seorang wanita dan lelaki warga Thailand yang berdepan tuduhan melakukan pemerdagangan manusia untuk terus ditahan reman selama dua minggu lagi sementara menunggu siasatan lanjut.

    Perintah tahan reman dibuat oleh Pemangku Ketua Majistret Harnita Zelda Skinner terhadap Pannipa Suksorn, 50, dan Somchai Suksorn, 53 tahun.

    Kedua-dua mereka didakwa menyeludup dua orang wanita warga Thailand berusia 38 dan 35 tahun di Brunei Darussalam sekitar March 2019.

    Timbalan Pendakwa Raya, Amiriah binti Haji Ali mengemukakan dakwaan di bawah Seksyen 6 Perintah Pemerdagangan dan Penyeludupan Orang, 2004 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang memperuntukkan denda tidak melebihi $1,000,000, penjara untuk tempoh tidak kurang dari empat tahun tetapi tidak melebihi 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

    Kes akan disebut lagi pada 29 April 2019.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda