Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perintah Tembakau: 9 notis dikeluarkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Sebanyak sembilan notis telah dikeluarkan oleh pegawai-pegawai dari Unit Penguatkuasaan Kesihatan kepada pengurus-pengurus premis perniagaan untuk memastikan mereka mematuhi Bab 15 Perintah Tembakau, 2005.

    Kegagalan mematuhi perkara berkenaan adalah menjadi suatu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi daripada $1,000.

    Notis berkenaan telah dikeluarkan semasa operasi yang dilaksanakan oleh Unit Penguatkuasaan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan ke atas premis-premis perniagaan tertumpu di kawasan Kampung Kiulap, Daerah Brunei dan Muara, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, operasi itu adalah bagi menguatkuasakan Perintah Tembakau, 2005. Unit Penguatkuasaan Kesihatan, Kementerian Kesihatan akan terus melaksanakan operasi seumpama itu sebagai salah satu usaha untuk membendung kegiatan yang menyalahi undang-undang di negara ini.

    Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi mana-mana perundangan negara yang berkuat kuasa pada masa ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda