Friday, February 28, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perisa pistasio tetap unik, menyelerakan

    HONG KONG – Sebuah institusi masakan Hong Kong mengakui bahawa perubahan zaman membawa perubahan cita rasa dan telah menemui kejayaan dalam menambah pistasio Amerika kepada pelbagai perisa dalam ladu masakan terkenalnya.

    Kedai pastri tersebut, Kwan Hong Bakery tahun lepas mula menawarkan rasa baharu bersama inti kacang tanah dan kacang merah tradisional yang menjadi nadi kepada pastri goreng yang manis, yang diisi dan dilipat dengan tangan menjadi pelbagai ladu manis dan berperisa yang dikenali dalam dialek tempatan sebagai ‘kok zai.’

    Permintaan mendapat sambutan amat memberangsangkan sekitar sambutan Tahun Baharu Cina lalu, dengan barisan panjang pelanggan kelihatan di luar perniagaan milik keluarga berusia 46 tahun di daerah Sham Shui Po di bandar itu.

    “Kami berharap dengan memperkenalkan lebih banyak perisa baharu kepada pelanggan akan membawa lebih banyak perniagaan,” kata Ho Yuet-yin, isteri pengasas kedai ladu itu.

    Generasi yang lebih tua masih menggemari perisa tradisional, tetapi “kini orang yang lebih muda lebih cerewet dan kami fikir pistasio adalah perisa baharu yang sungguh enak dan popular,” kata Ho.

    Kacang walnut dan makadamia juga dipertimbangkan tetapi akhirnya “pistasio tetap memberikan perisa yang unik dan menyelerakan,” kata Charles Ng, pengurus Kwan Hong. – AP

    Ng Kwan-ping, pemilik Kwan Hong Bakery, memindah dulang pistasio di dapur kedai di Hong Kong. – AP
    Seorang pekerja menjalankan pemeriksaan kualiti ke atas pistasio panggang di dapur Kwan Hong Bakery. – AP
    Pekerja menyediakan ladu pastri rangup pistasio di dapur kedai di Hong Kong. – AP
    Pelanggan menikmati ladu pastri pistasio. – AP
    Pekerja membungkus pastri rangup pistasio. – AP
    Gambar AP
    Gambar AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda