Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perisik AS buru penggodam Rusia curi identiti tentera

    MOSCOW, 1 MAC – Perkhidmatan Perisikan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan waran tangkap ke atas penggodam komputer  Rusia yang dituduh mencuri identiti 22 daripada 75 pene-rima Pingat Kehormat Kongres AS yang masih hidup, lapor agensi berita Sputnik.

    Menurut waran tangkap yang diperoleh akhbar The Daily Beast, data peribadi dicuri dengan tujuan membeli produk Apple dan jam mewah bernilai kira-kira AS$55,000 daripada laman web jualan tentera.

    Perkhidmatan Perisikan itu menyatakan barangan yang dibeli menggunakan sekurang-kurangnya 20 alamat berbeza di AS dan apabila barang itu tiba di lokasi, ia dihantar  semula ke sebuah akademi latihan Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) di bandar Rusia. Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) berkata veteran tentera AS sering menjadi mangsa kecurian identiti dengan perangkaan menunjukkan mereka adalah 76 peratus lebih kerap berbanding orang awam. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda