Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Periuk api masih ancam lebih sejuta orang di Kemboja

    SIEM REAP, KEMBOJA, 20 MEI – Lebih sejuta orang di Kemboja masih hidup dalam ketakutan dan bekerja di kawasan-kawasan yang dicemari periuk api dan saki-baki bahan letupan selepas perang (ERWs), seorang pegawai kanan berkata hari ini.

    Ly Thuch, naib presiden pertama Autoriti Tindakan terhadap Periuk Api dan Bantuan Mangsa Kemboja, berkata bahawa periuk-periuk api dan ERWs masih terus membunuh, mencederakan dan menakutkan penduduk, dan menghalang teruk pemulihan sosial dan ekonomi serta pembangunan mapan.

    Beliau berkata bahawa sejak 1979, periuk api dan ERWs telah membunuh dan mencederakan hampir 65,000 orang di negara itu.

    “Secara positif, disebabkan usaha-usaha pembersihan periuk api dan pendidikan mengenai risiko kelengkapan bahan letupan, jumlah kematian dan kecederaan telah menurun daripada 4,320 pada 1996 kepada 44 pada 2021,” beliau berkata pada satu dialog peringkat tinggi mengenai tindakan terhadap periuk api. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...