Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perjalanan Aaron-Wooi Yik masih jauh

    TOKYO, 1 OGOS – Perjalanan pasangan beregu utama lelaki Malaysia Aaron Chia-Soh Wooi Yik, masih lagi panjang dalam arena badminton walaupun merangkul gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo, semalam.

    Ketua jurulatih beregu lelaki Malaysia, Flandy Limpele enggan mendabik dada dengan kejayaan anak buahnya, kerana banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

    “Aaron-Wooi Yik masih muda dan mempunyai prospek cerah, namun mereka perlu lakukan lebih banyak latihan keras, tingkatkan gaya permainan di gelanggang termasuk kekuatan, kelajuan dan ketahanan kerana tiga aspek berkenaan, dilihat kurang berbanding pemain beregu Taiwan dan China di Olimpik Tokyo,” katanya pada sidang media atas talian hari ini.

    Aaron-Wooi Yik bangkit daripada ketinggalan di set pertama untuk meraih gangsa, selepas menewaskan pasangan Indonesia yang juga pilihan kedua Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 17-21, 21-17, 21-14 dalam perlawanan mendebarkan yang berlangsung hampir sejam, semalam.

    Mengulas mengenai aksi semalam, jurulatih berusia 47 tahun itu yang bangga dengan kemenangan Aaron-Wooi Yik itu percaya, anak buahnya mampu membawa pulang pingat selepas berjaya mempamerkan kebangkitan dalam set kedua, sebelum terus mengungguli set ketiga untuk mengecewakan pasangan Indonesia itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda