Friday, October 11, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perjalanan termahal di dunia

    JIKA anda pernah berangan-angan untuk mengembara ke seluruh dunia dalam perjalanan yang epik dan anda mempunyai duit yang banyak, anda mungkin berminat dengan tawaran perjalanan dari DreamMaker ini – lawatan mewah 20 hari ke 20 buah bandar di seluruh dunia untuk anda dan 49 orang lagi rakan atau keluarga anda dengan harga AS$13,875,000.

    Seperti yang dapat anda bayangkan, ini bukanlah pelancongan biasa ke seluruh dunia.

    Ini merupakan perjalanan yang sangat mewah untuk jutawan yang sanggup berbelanja besar berserta dengan rombongannya.

    Jadi, apa yang dapat anda bayangkan bagi perjalanan yang bernilai hampir AS$14 juta? Pertama sekali, pelanggan yang sangat kaya itu akan diterbangkan ke 20 buah bandar yang disenaraikan menggunakan jet peribadi Boeing 767, sementara 49 orang ahli rombongannya akan diterbangkan menggunakan jet perniagaan Boeing.

    DreamMaker memberitahu bahawa rombongan itu hanya akan menghabiskan 12 peratus dari masa mereka di udara dan 88 peratus masa mereka di darat.

    Tawaran perjalanan dari DreamMaker iaitu lawatan mewah 20 hari ke 20 buah bandar di seluruh dunia buat anda dan 49 orang lagi rakan atau keluarga anda adalah satu pengembaraan mewah yang bernilai AS$13,875,000.
    Tawaran perjalanan dari DreamMaker iaitu lawatan mewah 20 hari ke 20 buah bandar di seluruh dunia buat anda dan 49 orang lagi rakan atau keluarga anda adalah satu pengembaraan mewah yang bernilai AS$13,875,000.
    Perjalanan Passport to 50 ke seluruh dunia itu akan bermula pada bulan Ogos 2017.
    Perjalanan Passport to 50 ke seluruh dunia itu akan bermula pada bulan Ogos 2017.

    Walau bagaimanapun, mereka ingin menjadikan setiap saat bermakna. Jadi mereka telah menyediakan pelbagai kejutan di dalam penerbangan.

    Ia digelar sebagai ‘Pengalaman Penerbangan’ dan masa yang dihabiskan di dalam kapal digelar sebagai ‘kemuncak penerbangan peribadi’.

    Untuk memastikan semua keperluan penumpang dapat disediakan dengan profesional dan tepat pada masanya, penumpang dan pekerja akan berada pada nisbah 1:1.

    Penerbangan itu juga akan dilengkapi dengan seorang juruacara dan 50 orang lagi yang pakar dalam bidang-bidang lain yang bersemangat untuk memberikan pengalaman yang menarik dalam penerbangan itu – guru yoga akan mengadakan sesi yoga di dalam penerbangan untuk membantu penumpang merehatkan badan manakala ahli hipnoterapi terkenal, April Norris akan membuat ‘program holistik yang menggabungkan teknologi untuk terapi tidur dan pilihan teknik kesihatan seperti hipnoterapi, Reiki healing, penawar Ayuverda dan akupunktur’.

    “Dengan saiz jet peribadi yang besar dan indah tidak akan memberi makna jika anda tidak dapat berehat dengan selesa atau dapat tidur yang mencukupi di dalam kapal,” kata pengasas DreamMaker Gregory Patrick yang juga pereka ‘passport to 50’.

    Namun tidak semua jutawan suka akan amalan hidup sihat, jadi program di dalam kapal juga menampilkan aktiviti hiburan lain. Contohnya, ada aktiviti amal yang melibatkan AS$500,000 dan perlawanan poker dengan pemain-pemain poker handalan serta pertunjukan fesyen.

    Patrick dan ahli kumpulannya telah memastikan semua perincian passport to 50 memberikan pengalaman yang penuh dengan kemewahan. Ini membawa kita kepada cocktail swizzle sticks.

    DreamMaker telah menugaskan rakan kongsinya di World of Diamonds, konglomerat berlian Rusia, untuk mencipta 50 set batang emas dengan berlian biru dan putih berjumlah AS$1 juta.

    DreamMaker telah menugaskan rakan kongsinya di World of Diamonds, konglomerat berlian Rusia, untuk mencipta 50 set batang emas dengan berlian biru dan putih yang berjumlah AS$1 juta sebagai cenderamata.
    DreamMaker telah menugaskan rakan kongsinya di World of Diamonds, konglomerat berlian Rusia, untuk mencipta 50 set batang emas dengan berlian biru dan putih yang berjumlah AS$1 juta sebagai cenderamata.
    Cocktail swizzle sticks.
    Cocktail swizzle sticks.

    “Dua puluh batu putih yang berkilau direka menjadi dunia yang diletakkan di atas 50 swizzle sticks, setiap satu mewakili setiap bandar yang dilawati oleh Passport to 50. Satu berlian biru istimewa yang merupakan kepakaran perlombongan konglo-merate berlian itu, membangkitkan langit biru yang dilalui oleh penerbangan ini,” menurut siaran akhbar. Penumpang-penumpang akan dapat menyimpan aksesori-aksesori itu sebagai cenderamata.

    DreamMaker belum lagi memberikan banyak butiran mengenai aktiviti-aktiviti yang akan diadakan di ‘darat’ untuk 50 penumpang, namun ia ada memberitahu “Restu 50 orang sami di tengah-tengah 50,000 kelopak lotus.” Itu kedengaran sangat menarik.

    Walau bagaimanapun, pelancongan Passport to 50 bukan hanya kemewahan semata-mata.

    “Melalui perjalanan ini, kami mempunyai cara kami untuk menyalurkan pertolongan dan memberikan impak positif kepada kehidupan kanak-kanak,” kata Patrick.

    “Ia tidak masuk akal jika kita bekerja hanya untuk memuaskan pelanggan tanpa memberikan usaha yang sama untuk membendung kemerosotan dunia dengan kebaikan, ini memberikan lebih banyak kepuasan.”

    Aktiviti amal yang dirancang termasuk “pengagihan 2,500 buah basikal untuk membolehkan kanak-kanak luar bandar di Kemboja menghadiri sekolah, peruntukan untuk air minuman bersih bagi 50,000 kanak-kanak yang terancam di Filipina serta pembinaan ‘pusat permainan’ bagi 50,000 kanak-kanak yang berdepan dengan penyakit-penyakit membawa maut di United Kingdom.”

    Perjalanan Passport to 50 ke seluruh dunia akan bermula pada bulan Ogos 2017 dari pulau Koh Samui dan seterusnya ke Siem Reap, Kathmandu, Agra, Florence, Siena, Cannes, Moulinet, London, Barcelona, Ibiza, Marbella, Marrakech, Havana, Knoxville, Kona, El Nido dan sebuah pulau rahsia yang tidak diberi nama sebelum ke Manila.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda