BANDAR SERI BEGAWAN, 17 DIS – Suruhanjaya Persaingan Brunei Darussalam akan menguatkuasakan larangan pertama Perintah Persaingan iaitu Perjanjian Antipersaingan yang juga dikenali sebagai kartel bermula 1 Januari 2020. Menurut kenyataan Suruhanjaya Persaingan Brunei Darussalam yang dikeluarkan di sini hari ini, Perjanjian Antipersaingan merupakan perjanjian yang dibuat di antara dua atau lebih peniaga melibatkan penetapan harga,