Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perjanjian CCS pertama Brunei dimeterai

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – Perjanjian kerjasama Carbon Capture and Storage (CCS) Brunei pertama telah dimeterai oleh Perdana Solutions Sdn Bhd dan Asia Pacific Energy Solutions (APES) dalam majlis penandatanganan yang berlangsung di Cultivate Bistro Cafe, Ibu Pejabat Progresif, hari ini.

    Penandatanganan perjanjian itu bermatlamat untuk membangunkan lagi inisiatif bersama bagi penilaian dan pelaksanaan rantaian nilai penyimpanan dan carbon capture, berusaha ke arah penyediaan penyelesaian decarbonization mampan, efektif dan berskala besar di Negara Brunei Darussalam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Shell LiveWIRE Brunei, di sini, hari ini, Perdana Solutions Sdn Bhd, sebuah syarikat baharu tempatan, diwakili oleh Pengarahnya, Haji An-Mu’az bin Haji Zainal (Shell LiveWIRE Brunei Business Network Alumni) dan bagi Asia Pacific Energy Solutions (APES) Sdn Bhd, sebuah konsultasi tenaga yang menyediakan kepakaran dalam perkara decarbonization menerusi teknologi simpanan dan carbon capture, diwakili oleh Pengarahnya, Diego A Vazquez Anzola.

    Turut hadir semasa majlis berkenaan ialah wakil-wakil dari Perdana Solutions Sdn Bhd dan Shell LiveWIRE Brunei, sebagai sebahagian daripada kapasitinya selaku sebuah program pelaburan sosial utama yang dimulakan oleh Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) yang komited untuk menyokong pembangunan keusahawanan tempatan.

    Kenyataan menyatakan lagi, perjanjian itu melambangkan penubuhan kumpulan kerja dengan tumpuan kepada kaedah praktikal terkini bagi carbon sequestration, mekanisme di belakang kumpulan kerja serta pelan tindakan yang dicadangkan bagi pelaksanaan penyelesaian decarbonization yang menguntungkan dan efektif di Brunei Darussalam.

    Haji An-Mu’az dan Diego A Vazquez Anzola menunjukkan dokumen perjanjian yang dimeterai. – Gambar serahan Shell LiveWIRE Brunei
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda