Wednesday, March 12, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Perjanjian dengan beruang matahari’

    MARANG, 28 OGOS – “Setiap hari saya perlu menyediakan makanan seperti buah-buahan kepada enam beruang matahari yang berkeliaran di kawasan kebun anggur itu,” kata Mohammad Salleh Angullia Isa.

    Mohammad Salleh, 30, dari Kampung Kelulut berkata, dia terpaksa menyediakan buah cempedak, mempelam, anggur dan pisang di satu sudut khas pada setiap hari bagi menjamu beruang matahari yang berkeliaran di kawasan kebun anggurnya.

    “Jika saya tidak berbuat demikian, semua anggur yang berbuah akan dipetik beruang dan pokok dimusnahkan.

    “Saya mula menanam anggur di persekitaran rumah sejak 2015 dan kawanan beruang matahari itu memang sedia ada di kawasan itu.

    “Kera juga antara haiwan yang mengancam pokok anggur tetapi sejak saya menempatkan beberapa replika dinosaur berserta ngauman, kera tidak lagi mengganggu,” katanya.

    Menurutnya, beruang matahari biasanya berkeliaran pada waktu malam dan awal pagi di kebun anggur.

    “Pemberian buah-buahan itu seakan perjanjian saya bersama kawanan beruang itu supaya ia tidak memusnahkan tanaman anggur.

    “Setakat ini beruang tidak mengancam keselamatan saya dan keluarga selain pengunjung yang datang melihat pokok anggur,” katanya.

    Mohammad Salleh menanam 36 jenis anggur yang diimport dari Ukraine termasuk jenis jupiter, akademik, everest, joy seedless, angelica, baikonur, beauty krasotka jaffarkara dan heliodor. – agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda