Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perjanjian dimeterai

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai – Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Majalah DPMM FC Brunei, rakan kongsi dan para penaja Liga Perdana Singapura musim ini telah berlangsung di Restoran My Favoureat Kopitiam, Berakas, semalam.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Ketua Eksekutif A.K.K Design (penerbit Majalah Hari Perlawanan DPMM FC), Sazali Mohd Ariff dalam ucapannya berkata, penerbitan majalah berkenaan telah masuk tahun keempatnya tahun ini.

    Beliau juga turut menyampaikan penghargaan atas sokongan yang diberikan secara berterusan terutama para penaja, penyokong dan rakan kongsi majalah Hari Perlawanan DPMM FC.

    Katanya lagi, A.K.K Design selaku penerbit majalah tersebut turut memaklumkan ‘tagline’ baharu mereka ‘Designing Your Future’ yang akan memulakan perancangan untuk menawarkan latihan profesional dan program perkembangan untuk orang ramai dan sektor swasta untuk menyertai forum dan persidangan antarabangsa.

    Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan menyaksikan Reggie See dan Awang Sazali Mohd Ariff bertukar dokumen selepas menandatangani MoU, kelmarin.
    Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan hadir menyaksikan majlis penandatanganan MoU semalam.

    “Pelatih dan jurucakap terlatih kami terdiri daripada warga tempatan dan asing.

    “Kami menyasarkan kursus antaranya perkhidmatan pelanggan, melayani media, pengurusan sukan dan peningkatan diri,” jelasnya lagi.

    MoU A.K.K Design dan Brunei Press Sdn Bhd selaku pengiklan emas masing-masing diwakili dan ditandatangani oleh Sazali Mohd Ariff dan Pengurus Besar Brunei Press, Reggie See.

    MoU pengiklan perak ditandatangani oleh Avantist yang diwakili oleh pengarahnya, Haji Awang bin Haji Ali dan Nazmi Textile pula diwaklili oleh Pengarah Eksekutif Nazmi, Mohamed Nazim Rizhwan.

    Untuk MoU rakan kongsi rasmi acara, City Neon diwakili oleh ketua reka bentuknya, Haji Kadir bin Haji Awang.

    Selaku rakan kongsi penerbangan, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei diwakili oleh ketua pegawai eksekutifnya, Karam Chand dan Fun Blocks pula diwakili oleh pengurusnya, Pengiran Haji Masri bin Pengiran Haji Othman dan DayangYusma Batrisya binti Haji Saini menandatangani MoU bagi pihak Restoran My Favoureat Kopitiam.

    Ketujuh-tujuh wakil yang menandatangani dokumen perjanjian tersebut hadir bersama-sama saksi mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda