BEIJING, 28 JULAI – China hari ini mengumumkan penggantungan perjanjian ekstradisi Hong Kong dengan Kanada, Australia dan Britain sebagai membalas langkah ketiga-tiga negara itu melakukan perkara sama, susulan isu undang-undang keselamatan kontroversi. Beberapa negara barat mencetuskan kemarahan Beijing susulan tindak balas mereka terhadap undang-undang Hong Kong, yang dilihat menghakis kebebasan awam dan hak asasi manusia