Thursday, December 5, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perjanjian kawal pencemaran plastik dijangka dicapai Nov

    TOKYO, 23 OKT – Perjanjian global untuk mengawal pencemaran plastik akan dicapai pada sidang kemuncak di Korea Selatan bulan depan, kata pengerusi mesyuarat itu hari ini.

    Luis Vayas Valdivieso dari Ecuador berkata masa semakin suntuk jika negara ingin memeterai perjanjian pada rundingan akhir Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang diadakan di Korea Selatan akhir November.

    Vayas Valdivieso berkata tanggungjawabnya adalah untuk mencapai perjanjian dan melaksana undang-undang secara berkesandi bawah mandat tersebut di Busan.

    “Bagaimanapun, keputusan saya tertakluk kepada anggota mesyuarat,” katanya semasa berucap di Jepun.

    “Masih terdapat perbezaan dalam rundingan kami, di samping beberapa isu kompleks yang memerlukan tindakan bersepadu untuk mengatasinya,” tambahnya lagi.

    Para perunding telah mengadakan pertemuan beberapa kali untuk membincangkan perjanjian yang merangkumi had pengeluaran, peraturan tentang kebolehlaksanaan kitar semula dan larangan ke atas plastik atau komponen kimia tertentu.

    Pada mesyuarat sebelum ini, negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi telah membantah untuk mengehadkan pengeluaran plastik, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada kitar semula.

    Sementara itu, berpuluh-puluh buah negara dalam pakatan termasuk majoriti negara Kesatuan Eropah, telah menggesa langkah yang lebih ketat. – AFP

    Gambar fail bertarikh 18 Oktober 2021 menunjukkan seorang pekerja membawa beg berisi tin minuman terpakai dan botol untuk dikitar semula di pusat pengumpulan di Brooklyn, New York. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda