Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perjanjian kempen kompos tempatan dimeterai

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 DIS – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) dan Biofield Solutions telah memeterai perjanjian untuk memulakan inisiatif kempen kompos tempatan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BSM, di sini, pada majlis penandatanganan berkenaan, BSM telah diwakili oleh Pengarah Urusan, Awang Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan Biofield Solutions diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Vanessa Teo.

    Program itu bermatlamat untuk menyokong matlamat kemampanan negara dengan mengumpul sisa makanan, menukarkannya kepada kompos organik dan kemudian mengagihkannya kepada petani-petani tempatan di mana usaha itu dapat menyumbang ke arah kitaran pertanian dan makanan yang mampan.

    Kempen itu juga akan menawarkan penglibatan komuniti dengan menerima deposit sisa makanan awam melalui tempat pengumpulan di stesen-stesen minyak Shell terpilih yang akan diumumkan pada tarikh kemudian.

    Awang Muhammad Norshafiee menyatakan bahawa memperkasakan komuniti dengan inisiatif-inisiatif mampan bukan sahaja merupakan amanah mereka tetapi juga komitmen mereka.

    Awang Muhammad Norshafiee dan Dr Vanessa Teo semasa menghadiri majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN BSM

    Di BSM, tambahnya, mereka memacu perkembangan dengan memupuk kerjasama yang meningkatkan kesejahteraan negara dengan membuka laluan ke arah masa depan yang lebih cerah.

    Sementara itu, Dr Vanessa Teo merakamkan perasaan teruja Biofield untuk bekerjasama dengan BSM dalam kempen sisa makanan itu di mana ia akan membawa ke arah sebuah ekonomi sirkuler, mengurangkan kebergantungan kepada tapak buangan serta meningkatkan kesuburan dan produktiviti tapak-tapak pertanian kita.

    Sisa makanan merupakan cabaran komuniti dan alam sekitar yang signifikan di mana pada 2019, dianggarkan kira-kira 32 peratus sisa buangan di negara ini adalah sisa makanan yang menyumbang kepada penjanaan sisa yang sudah tinggi negara iaitu 1.15 kilogram per kapita di mana menurut Bank Dunia, purata global adalah 0.74 kilogram per kapita.

    Pada masa ini, sebahagian besar sisa makanan dihantar ke tapak pelupusan di Sungai Paku.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda