Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 SEPT – Sebagai usaha berterusan untuk membantu Rakan Seliaan (RS) meningkatkan kemahiran dalam bidang pertanian, Aftercare Support Association (AFSA) menandatangani perjanjian kerjasama dengan Nur Almas Enterprise dalam majlis penandatanganan perjanjian, baru-baru ini.
Ia bermatlamat untuk membantu RS meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang pertanian khususnya penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Penjara, Jabatan Penjara, Awang Bahrin bin Haji Mohd Yassin. Turut hadir ialah Yang Di-Pertua AFSA, Hajah Juhana binti Haji Mohd Jaya; Timbalan Yang Di-Pertua AFSA, Haji Mustapa bin Haji Masri; Setiausaha Agung AFSA, Haji Mahali bin Haji Hassan; Ketua Kampung Pengkalan Batu dan pegawai-pegawai Jabatan Penjara, ahli AFSA dan Awang Mohammad Shahdini bin Muhammad Doon dan keluarganya.
Pada majlis berkenaan, menandatangani perjanjian bagi pihak AFSA ialah Haji Mustapa dan bagi Nur Almas Enterprise ialah Pengurus Nur Almas Enterprise, Haji Wan Ramli bin Haji Wan Ibrahim.




