Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perjanjian pasca Brexit UK penting semasa krisis virus

    LONDON, 31 MEI – Ketua perunding Brexit dari Kesatuan Eropah (EU) memberitahu Britain hari ini bahawa kerosakan ekonomi disebabkan oleh krisis koronavirus menjadi sangat penting bagi kedua-dua pihak untuk mencapai perjanjian perdagangan baharu.

    Para perunding EU dan UK akan memasuki rundingan keempat dan terakhir yang minggu ini yang dapat menentukan sama ada perjanjian baharu yang komprehensif tercapai pada tarikh penghujung akhir.

    Britain secara rasmi meninggalkan 27 buah negara EU pada bulan Januari tetapi masih beroperasi seolah-olah anggota blok di bawah peralihan semalam setahun untuk kedua-dua belah pihak menyesuaikan diri dengan realiti baharu.

    Penyokong Brexit juga kesal kerana London akan terus memberikan sumbangan kepada belanjawan EU semasa peralihan berdasarkan perjanjian yang dicapai tahun lalu.

    Perdana Menteri Britain, Boris Johnson telah berikrar untuk tidak melanjutkan perbincangan melepasi tarikh akhir-sesuatu yang mesti dilakukannya pada akhir bulan Jun – dan prospek kesepakatan baharu yang luas kelihatan suram.

    Ketua perunding EU, Michel Barnier memberitahu The Sunday Times bahawa London dan Brussels mungkin tidak mampu untuk menjadikan keadaan ekonomi semakin buruk dengan memutuskan perkongsian mereka selama hampir 50 tahun tanpa perjanjian untuk masa hadapan.

    “Jika kita tidak membuat perjanjian, maka itu akan membawa kesan yang lebih besar. Dan tentunya itu akan menambah kepada kesan yang sangat serius yang sedia ada akibat krisis koronavirus,” kata Barnier.

    “Jadi saya fikir kita mempunyai tanggungjawab bersama dalam krisis yang sangat serius, yang memberi kesan kepada ramai keluarga, dengan begitu banyak kematian, ramai yang jatuh sakit, dan ramai yang kehilangan pekerjaan. Untuk melakukan semua yang kita mampu untuk mencapai perjanjian dan saya sangat berharap kami akan melakukannya”. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda