Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perjanjian pertama perlindungan laut lepas

    PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 16 JUN – Perjanjian antarabangsa pertama di dunia untuk melindungi laut lepas dijadualkan akan diwartakan pada Isnin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), langkah besar bagi perjanjian alam sekitar yang ‘bersejarah’ setelah lebih daripada 15 tahun perbincangan.

    “Ia adalah detik bersejarah,” kata Minna Epps, pengarah pasukan lautan Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi, kepada AFP. Tetapi “sayangnya, ia mengambil masa yang lama.”

    Perjanjian penting itu akan mewujudkan rangka kerja undang-undang untuk meluaskan kawasan perlindungan alam sekitar ke perairan antarabangsa, yang membentuk lebih daripada 60 peratus lautan dunia.

    Selepas empat tahun rundingan rasmi, negara-negara anggota PBB akhirnya bersetuju dengan teks perjanjian itu pada bulan Mac selepas siri rundingan akhir.

    Sejak itu, teks itu telah diteliti oleh peguam dan penterjemah PBB untuk memastikan ia sepadan dalam enam bahasa rasmi badan itu.

    Tetapi perjalanan tidak akan berakhir pada Isnin. Selepas PBB mengesahkan perjanjian itu, ia perlu diratifikasi oleh sekurang-kurangnya 60 negara anggota untuk berkuatkuasa.

    “Manusia bergantung kepada lautan. Tetapi bolehkah lautan bergantung kepada kita?” Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mempersoalkan di Twitter baru-baru ini, sambil menyeru perlindungan maritim lebih meluas. – AFP

    Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres bercakap semasa sidang media mengenai iklim di ibu pejabat PBB di New York pada 15 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda