Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perjuangan belum selesai – Klopp

    PORTO, 17 April – Liverpool diambang kemaraan ke separuh akhir Liga Juara-Juara dalam apa yang dikatakan bakal menjadi musim impiannya, tetapi Jurgen Klopp memberi amaran bahawa pasukannya masih perlu berjuang dan menyelesaikan tugas mereka dalam saingan suku akhir kedua menentang FC Porto.

    Reds membuat kunjungan ke utara Portugal dengan kelebihan kukuh selepas menang 2-0 di Anfield minggu lepas, menerusi jaringan Naby Keita dan Roberto Firmino.

    Sejak itu, pendahulu Liga Perdana itu melanjutkan rentetan tanpa kalahnya kepada 16 perlawanan dan meraih kemenangan ketujuh berturut-turut apabila menewaskan Chelsea 2-0 hujung minggu lepas.

    Sebahagian pihak menyatakan bahawa keterujaan semakin bertambah dengan skuad Klopp semakin hampir untuk meraih gelaran berganda, Liga Perdana dan Liga Juara-Juara, kejayaan yang tidak dinikmati di Anfield sejak awal 1980an.

    Bagaimanapun, tiada rasa puas hati dari pengurus Liverpool ketika bercakap di Estadio do Dragao.

    “Setakat ini ia adalah musim yang sangat positif, sebab itu kami berada di mana kami berada, tetapi kami di sini bukan untuk meraikan situasi kami,” katanya.

    “Kami di sini untuk mara ke pusingan seterusnya, kerana musim masih belum berakhir. Kami perlu berusaha keras.” – AFP

    Reaksi Jurgen Klopp ketika Liverpool menentang Chelsea di Anfield baru-baru ini. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda