Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perjuangan ‘favela hijau’ untuk kehidupan mampan

    SAO PAULO – Sekilas pandang, ia kelihatan sama seperti kawasan setinggan yang lain di Brazil, di mana timbunan teratak berbumbung atap timah berbahaya dan keadaan jalan-jalan yang kurang baik.

    Tetapi apabila dilihat secara lebih dekat, terdapat taman komuniti, sistem penuaian air hujan dan program pendidikan alam sekitar juga dapat dilihat di kawasan yang digelar ‘favela’ yang memiliki kehijauan yang luar biasa.

    Di pinggir Sao Paulo, hutan konkrit yang dihuni oleh 12 juta orang, komuniti miskin di Vila Nova Esperanca (Village of New Hope) berjuang untuk menjadi model kehidupan yang mampan.

    Penggerak di sebalik ‘favela hijau’ adalah pemimpinnya Lia de Souza, yang dipilih pada sedekad yang lalu.

    Seorang wanita berusia 57 tahun, berpindah ke kawasan tersebut pada tahun 2003 untuk melarikan diri daripada penderaan seorang suami.

    Pintu masuk utama Favela Nova Esperanca ‘favela hijau’ di pinggir Sao Paulo, Brazil. – AFP
    Seorang penduduk sedang bekerja di kebun sayur Favela Nova Esperanca. – AFP

    Pemimpin komuniti Lia de Souza (tengah) dan dua penduduk membina rumah dengan tanah liat di Favela Nova Esperanca. – AFP

    Dia tidak lama lagi menetapkan favela tersebut menjadi tempat yang mahu digelar sebagai rumah, di mana orang menghormati alam sekitar dan antara satu sama lain, hidup secara mampan dan menjaga komuniti mereka bersama-sama.

    Dia telah berjuang keras untuk menjadikannya satu kenyataan, kadang kala menentang terhadap kekasaran dari polis dan pihak berkuasa.

    Sinar harapan

    Mewujudkan rumah itu telah menjadi perjuangan yang berterusan. Tetapi ia telah menerima nama panggilannya ‘Lia Esperanca’ – ‘Lia of Hope,’ yang membangkitkan nama optimis favelanya.

    “Kita perlu berkumpul untuk menjadikan tempat ini tempat yang paling hebat untuk didiami,” katanya, sambil membawa melawat ke taman organik yang dibantu olehnya untuk mewujudkannya.

    Dia merasa bangga menunjukkan banyak tumbuhan di bahagian rempah-ratus yang terdiri daripada thyme, basil, kunyit, lavender, dan tiga jenis pudina.

    Berdekatan bahagian tersebut, terdapat pokok-pokok betik dan tanaman pisang yang mulai tumbuh dari tanah merah, bersama dengan bunga bougainvilleas (bunga kertas) berwarna ungu dan bunga hidrange merah jambu.

    “Kami mempunyai semua jenis tumbuhan ubatan,” kata Souza, yang diperlihatkan kepada media di sebuah rumah hijau penuh dengan benih dan kompos yang digunakan sebagai baja, yang mempunyai manfaat tambahan untuk mengurangkan pembaziran.

    Vila Nova Esperanca terletak satu jam dari pusat bandar Sao Paulo, dibina di kawasan dari hutan yang subur yang dikenali sebagai Mata Atlantica.

    Tumbuh-tumbuhan dan bunga itu tidak menghalangnya daripada kelihatan seperti seluruh 1,650 favela bagi bandar mega tersebut, teratak yang separuh siap di jalan-jalan yang kotor, perabot yang teruk terletak di kawasan luar, beg plastik yang beterbangan di udara.

    Tetapi komuniti yang terdiri 3,000 orang itu telah memenangi pelbagai anugerah untuk program alam sekitarnya.

    Belajar dari alam semula jadi

    Dengan menggunakan tangannya, Souza memungut lumpur dan melekatkannya ke dinding ‘brinquedoteca,’ sebuah pusat kanak-kanak yang dilengkapi dengan permainan pendidikan dan mainan-mainan yang sedang dibina oleh Souza dan masyarakat.

    Campuran tanah liat dan simen yang mereka gunakan lebih murah daripada batu bata, dan ia sesuatu yang mampan jelas Souza dengan wajahnya yang dilumuri dengan lumpur.

    “Apabila saya tiba di sini, tidak ada apa-apa,” katanya, malah tidak memiliki elektrik.

    “Hari ini, kita mempunyai ampiteater, perpustakaan, dapur umum, kolam di mana kanak-kanak boleh berenang, dan taman, yang terus berkembang.”

    Salah seorang pembantunya, yang merupakan seorang jurutera awam bernama Rodrigo Calisto, memaparkan lembangan batu di mana dia baru-baru ini selesai membina ladang ikan dengan bantuan sukarelawan lain. Ikan tilapia tersebut akan disediakan makanan dan akan memakan nyamuk, yang merupakan vektor untuk penyakit seperti demam denggi, jelasnya.

    Masyarakat juga telah mendirikan dinding pasir untuk melindungi diri dari tanah runtuh.

    Tanah runtuh merupakan masalah yang meluas di Brazil, kerana kebanyakan favelas dibina di lereng bukit, jelas Calisto. Beliau juga telah membangunkan sistem untuk mengumpul dan menggunakan semula air hujan.

    “Alam mengajar kita cara hidup, kamu tidak perlu pergi ke universiti,” kata Souza.

    Semangat kental

    Ketabahan Souza kadang-kadang meletakkannya pada penentangan dengan pihak berkuasa.

    Beberapa tahun selepas berpindah ke favela, dia mengetahui pegawai-pegawai sedang berusaha untuk mengusir penduduknya, menuduh mereka membina tanah yang dilindungi.

    Melawan ketakutannya, dia dengan berani untuk tampil dengan komunitinya ketika polis tiba, di mana polis menendang dan menyembur pemedih mata kepada penduduk, namun cubaan tersebut gagal untuk mengusir mereka.

    Beliau berkata Syarikat Perumahan dan Pembangunan Bandar (CDHU) menawarkan wang untuk mereka pergi dari tempat tersebut. Tetapi Souza bertekad untuk tetap bertahan.

    Cabaran terbaharu beliau ialah perbandaran memberikan sebanyak 1,050 reals (kira-kira AS$225) sebulan untuk membayar penduduk yang bekerja di projek komuniti.

    Pemberian itu adalah satu kelebihan untuk favela, di mana dalam lima orang hanya seorang yang bekerja. Tetapi semua ini akan berakhir.

    “Orang yang tinggal di pinggir tidak mempunyai apa-apa, akan menjadi sukar sekiranya pemberian itu berakhir,” katanya.

    “Tetapi kami tidak akan berhenti bekerja.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda