BANDAR ABBAS, IRAN – Penonton lelaki bertepuk tangan dan wanita menyanyi nyaring tatkala pancaragam selesai menyanyi: ia mungkin satu tempat biasa kecuali lokasi adalah di Iran dan kumpulan di pentas semuanya wanita.
Irama muzik menarik yang dimainkan oleh mereka pada malam itu dikenali sebagai ‘bandari.’
Liriknya berasal dari lagu budaya rakyat lama, diwarisi dari beberapa generasi dan biasa kepada ramai penonton pada konsert di amfiteater, selatan pelabuhan bandar Abbas.
Hanya kali ini, ia dipersembahkan oleh wanita di depan penonton yang lelaki dan wanita.
“Rasanya seolah-olah anda telah ditemui akhirnya’ oleh ‘golongan masyarakat baharu,’ kata anggota pancaragam Noushin Yousefzadeh, yang memain oud, alat muzik kecapi Timur Tengah.


“Segala latihan membuahkan hasil akhirnya.”
Memakai pakaian tradisional, pan-caragam sedang mengambil bahagian dalam pesta anjuran kerajaan untuk memaparkan ‘muzik Teluk Persia’ dan, selain menyanyi, juga memainkan alat muzik mereka.
Tidak lama, penonton juga menyanyi bersama empat anggota pancaragam berkenaan.
Biasanya aktiviti sedemikian dipandang serong oleh pegawai di Iran, yang telah diletak di bawah pemerintahan Islam ketat lebih daripada 40 tahun lamanya.
Ditubuhkan pada akhir 2016 selepas satu perbualan di pantai di antara dua wanita, pancaragam bernama Dingo, yang dalam dialek tempatan merujuk kepada langkah awal yang diambil oleh anak damit.
Pertunjukan, diadakan pada tahun lalu, hanya kali kedua dianjurkan oleh mereka di depan penonton lelaki dan wanita.
Persembahan pertama adalah pada Festival Shiraz Oud pada Julai 2018.
“Festival berkenaan merupakan peluang besar disebabkan dalam keadaan normal kami tidak boleh menyanyi di depan lelaki,” kata pemain dram Faezah Mohseni.
Apabila mengadakan persembahan untuk penonton semua wanita, Mohseni akan menyanyi solo.
Namun, hanya dimaklumkan beberapa hari sebelum festival bahawa mereka telah dipilih dan akan menyanyi di hadapan lelaki dan wanita, pancaragam dengan tergesa-gesa mengatur semula rutinnya.
“Kami terpaksa menghabiskan seharian berlatih supaya kami semua boleh menyanyi serentak,” kata Malihe Shahinzadeh, yang bermain pippeh, sejenis dram tempatan.
Nyanyian awam oleh wanita bukan satu aktiviti yang jelas di republik Islam itu.
Tidak ada undang-undang khusus yang melarangnya, menurut Sahar Taati, bekas pengarah di jabatan muzik Kementerian Kebudayaan dan Panduan Islam Iran, dikenali sebagai Ershad.
Namun, kebanyakan ulama percaya suara wanita menyanyi adalah ‘haram’ – disebabkan ia boleh membangkitkan keghairahan untuk lelaki dan membawa kepada kehinaan, tambah beliau.
Muzik sekular pada umumnya dipandang serong oleh ulama Syiah, yang melihatnya sebagai hiburan yang mengalih perhatian dari agama.
Pengharamannya, dikuatkuasakan selepas revolusi Islam 1970, telah dibatalkan secara beransur-ansur, pertama untuk muzik ‘revolusi’ bertujuan untuk memberikan semangat kepada tentera dalam perang Iran-Iraq 1980-88.
Kemudian, tumpuan diberikan kepada musim tradisional Iran, bertentangan dengan variasi barat yang dianggap ‘rosak akhlak’ oleh pihak berkuasa, yang melancarkan perang ke tas ‘serangan kebudayaan’.
Selepas Hassan Rouhani dipilih presiden pada 2013, mengganti Mahmoud Ahmadinejad, anjuran acara muzikal menjadi lebih senang.
Bagaimanapun, masih terdapatnya beberapa sekatan.
Ershad mesti meluluskan konsert dan masih hampir mustahil untuk penyanyi wanita mengadakan pertunjukan sendirian, kecuali di depan wanita lain.
Namun ‘wanita boleh menyanyi di depan penonton lelaki dan wanita jika dua atau lebih wanita menyanyi bersama, atau seorang penyanyi solo wanita diiringi oleh seorang penyanyi lelaki di mana suaranya adalah sama kuat dengan wanita itu,” kata Taati.
Begitulah adaptasi muzikal Persi ‘Les Miserables’ diadakan di Tehran pada musim sejuk 2018-2019, dengan penyanyi solo wanita disokong oleh suara seorang lagi penyanyi.
Anggota Dingo, yang semuanya dalam umur pertengahan 20an hingga pertengahan 30an, telah berusaha menganjurkan beberapa pertunjukan untuk penonton lelaki dan wanita.
Namun adalah sukar untuk menyelaras dan pada akhirnya ‘kami pun mengalah,’ kata Negin Heydari, bekas anggota, yang memain kasser, dram lebih kecil yang biasanya dimainkan bersama dohol dan pippeh.
Untuk sekarang, bila-bila masa pihak berkuasa menganjurkan festival dan pertunjukan di kampung halaman mereka, mereka akan memohon dan berharap dapat dipilih, walaupun jika ia bermakna tidak tahu sehingga saat-saat terakhir jika mereka telah dipilih.
Namun, keterujaan bermain di depan penonton lelaki dan wanita adalah berbaloi walaupun tidak pasti sama ada mereka dipilih serta latihan berjam-jam – perkarangan rumah salah seorang ibu bapa mereka.
Heydari menggambarkan betapa gembira suaminya, Sassan, yang dapat melihatnya membuat persembahan secara langsung di pentas akhirnya.
Empat pemuzik, dua di antaranya mempunyai pekerjaan, berasa menerima sokongan penuh dari keluarga mereka, dan mempunyai banyak impian untuk pancaragam mereka, daripada lebih banyak pertunjukan di Iran kepada bermain di tempat di luar negara.
“Kami mahu melebarkan saya ke luar negara,” kata Mohseni, sementara Shahinzadeh tidak sabar-sabar melihat seluruh dunia mendengar kepada muzik kampung halamannya.
Dedikasi mereka membuahkan hasil apabila mereka memenangi hadiah juri atas persembahan mereka pada festival tahun lalu, di mana mereka memakai pakaian berwarna-warni dengan labuci dan sulaman emas, pakaian tradisional di selatan wilayah Hormozgan.
Sejak konsert, Negin Heydari telah meninggalkan pancaragam disebabkan ‘perbezaan artistik’, dan tempatnya telah diganti oleh pemain gitar Mina Molai. – AFP