Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perjuangan selamatkan taman terapung Aztek

    ROBERTO Altamirano menguasai tasik itu sambil dia melemparkan jaringnya yang berkilauan ke dalam air yang tenang dalam bentuk yang bulat, membiarkannya tenggelam lalu menariknya secara perlahan. Ia kembali membawa tangkapan ikan kap dan tilapia yang banyak dan di sana terletak masalahnya.

    Altamirano adalah salah seorang daripada kira-kira 20 nelayan yang masih tetap di taman terapung Xochimilco, rangkaian tasik yang indah, mempunyai terusan dan pulau tiruan yang boleh diselipkan ke bandar raya Mexico.

    Pada usia 42, dia melihat bilangan nelayan semakin menurun mengikut perkembangan tahun membuatkan jumlah ikan kap dan tilapia meningkat – spesies penyerang yang mengancam ekosistem Xochimilco, peparu hijau yang penting terhadap kesihatan kabut asap bandar raya Mexico. “Terdapatnya lebih banyak Xochimilco daripada nelayan,” kata Altamirano.

    Pada permulaannya, pencipta asli pulau tiruan itu iaitu Aztek menginap di sana, namun sekarang Xochimilco adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang telah dikunjungi oleh jutaan pelancong setiap tahun yang mana terusannya dipenuhi oleh bot yang berwarna-warni.

    Semakin berkurangan

    Ikan kap China dan tilapia Afrika mula dikenali di sini pada tahun 70-an dan menjadi langkah yang salah untuk membekalkan sumber makanan baru tersebut kepada penduduk tetap. Pada masa ini, tidak ada seorang pun di Bandar Mexico yang akan memakannya sejak perkembangan bandar mega Amerika Latin yang dengan buruknya mencemarkan perairan Xochimilco dengan logam berat.

    Persekitaran taman terapung Xochimilco, rangkaian tasik yang indah, terusan dan pulau tiruan yang diselipkan ke bandaraya Mexico. – AFP

    Altamirano dan rakan-rakannya menjual ikan tersebut untuk digunakan sebagai kompos. Ikan kap dan tilapia pada masa ini mengancam untuk menghapuskan salamander kecil spesis yang terancam yang digelar sebagai axolotl dan hanya dijumpai di Xochilmilco.

    Ikan tersebut memakan telur amfibia kecil ini yang mana ia mempunyai kemampuan khusus iaitu menumbuhkan bahagian badannya semula menyebabkan para penyelidik mengkajinya untuk kemungkinan aplikasi bioperubatan pada manusia yang mempunyai kerosakan organ atau anggota badan yang hilang. Ikan kap dan tilapia “dikenali sebagai sumber untuk penggunaan manusia. Akan tetapi, memandangkan mereka adalah spesies yang menyerang, mereka ternyata menjadi masalah,” seperti yang diterangkan oleh penyelidik, Maria Figueroa.

    Tindakan Altamirano terhadap krisis tersebut adalah dengan melakukan perkara yang dibuat sepanjang hidupnya iaitu memancing. “Saya belajar cara untuk memancing daripada datuk saya yang berusia 98 tahun. Tradisi tersebut telah terhenti kerana ia tidak lagi mendatangkan keuntungan. Saya adalah nelayan yang terakhir daripada keluarga saya,” beritahunya kepada AFP. Lapan tahun yang lalu, dia menubuhkan sebuah kumpulan untuk memancing ikan kap dan tilapia sebanyak yang mampu daripada perairan tersebut. Rekod mereka adalah 9 tan dalam masa setengah jam.

    Tasik ini sebelum ini dipenuhi dengan ikan kap dan pelbagai jenis ikan lagi. – AFP
    Ikan kap China dan tilapia Afrika mula dikenali di sini pada tahun 70-an dan menjadi langkah yang salah untuk membekalkan sumber makanan baru tersebut kepada penduduk tetap. – AFP

    Tanpa usaha nelayan

    Tanpa nelayan ini, kegagalan terhadap ekosistem Xochimilco akan berlaku – sesuatu amaran yang telah diberikan oleh ahli sains yang mana ia boleh menaikkan suhu sebanyak empat darjah daripada suhu biasa Bandar Mexico. Altamirano mengatakan bahawa semakin susah untuk mencari anggota yang mahu mengikuti perjuangannya.

    Memancing di sini merupakan suatu pekerjaan yang panas dan kotor. Manakala, gaji yang diberikan oleh bandar adalah sedikit iaitu kira-kira AS$145 sebulan. “Bila kami sudah tiada nanti, itu adalah penghujung bagi nelayan. Orang muda tidak akan mahu bekerja dalam bidang ini lagi,” katanya. Memancing di sisinya, Ramses Coloapa yang berusia 23 tahun itu mengatakan dia melakukan pekerjaan tersebut adalah disebabkan oleh “kebanyakannya daripada keperluan, kerana saya perlu membeli makanan.”

    Altamirano tidak menyukai idea bahawa axolotl akan pupus. Salamander kecil — mempunyai nama yang bermaksud “raksasa air” dalam bahasa asli Nahuatl – yang dianggap suci oleh Aztek yang mempercayai axolotl adalah penjelmaan semula daripada tuhan api mereka, Xolotl. “Terdapatnya lagenda tempatan yang mengatakan bahawa hari pupusnya axolotl itu akan menjadi penghujung bagi Xochimilco,” kata Altamirano. “kita sudah hampir di sana.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda