Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perjumpaan guru, ibu bapa tingkat pembelajaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran murid-murid sekolah ke tahap yang lebih berkualiti sejajar dengan Wawasan Negara 2035 dalam menghasilkan rakyat Brunei yang berpendidikan tinggi, Sekolah PGGMB Sungai Akar telah mengambil inisiatif bagi mengadakan majlis perjumpaan Ibu Bapa dan Guru (PTM) yang berlangsung di Dewan Sekolah PGGMB Sungai Akar, kelmarin.

    Perjumpaan seumpama berkenaan diadakan sekurang-kurang dua kali setahun bagi memastikan penglibatan ibu bapa dalam memantau perkembangan dan kemajuan pencapaian anak-anak mereka.

    Pada perjumpaan berkenaan, Guru Besar Sekolah PGGMB Sungai Akar, Cikgu Maswati Airin Patrah binti Ahmad, menerangkan kepada ibu bapa dan penjaga murid bahawa tujuan utama PTM ialah untuk mengongsi perkembangan serta kemajuan akademik anak-anak mereka secara menyeluruh sepanjang Januari dan Jun.

    Pihak sekolah juga mengharapkan idea-idea dan pandangan yang konstruktif bagi sama-sama memajukan pencapaian anak-anak mereka, tambahnya.

    Pada masa yang sama, pihak sekolah khususnya guru-guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan dapat menerangkan dengan jelas pencapaian anak-anak mereka setakat ini di sekolah berkenaan.

    Perjumpaan berkenaan melibatkan Tahun 1 dan Tahun 6 dalam semua mata pelajaran yang dipelajari oleh murid-murid di sekolah berkenaan dengan sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa dan penjaga apabila memberikan respons yang positif mengenai perjumpaan tersebut.

    Menerusi sesi perjumpaan itu, mereka dapat melihat kualiti pencapaian anak-anak serta dapat berinteraksi dengan guru-guru untuk sama-sama memainkan peranan dalam membantu meningkatkan tahap pencapaian pembelajaran anak-anak.

    Semua di atas: Antara suasana semasa perjumpaan berkenaan – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN SEKOLAH PPGMB SG AKAR

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda