Friday, December 1, 2023
29.6 C
Brunei

    -

    Perjumpaan JBBSB terap konsep kebersihan

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (JBBSB) melalui Bahagian Pengurusan Bandar dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar dan Autoriti Kawalan Kemajuan Bangunan (ABCi), baru-baru ini, telah mengadakan perjumpaan bersama pemilik-pemilik unit bagi bangunan komersial di Kampung Serusop.

    Perjumpaan pada 19 Oktober lalu itu memberikan penekanan kepada tanggungjawab pemilik unit dan bangunan komersial supaya sama-sama memastikan kebersihan bangunan serta persekitarannya.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JBBSB, di sini, semasa perjumpaan itu, pemilik-pemilik unit dan bangunan komersial diberikan penerangan dan nasihat oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat mengenai tanggungjawab mereka supaya sama-sama memastikan kebersihan bangunan dan persekitarannya selain menjaga keselamatan dan kesejahteraan orang ramai.

    Dalam masa yang sama, para pemilik unit dan bangunan juga ditekankan untuk mematuhi peraturan-peraturan dan akta yang digariskan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dari segi aspek 5K iaitu kebersihan, keselamatan, kesihatan, keindahan dan keharmonian.

    JBBSB berkeyakinan dan penuh berharap supaya perjumpaan seumpama itu akan dapat membawa misi Brunei Bersih secara meluas dan ia akan memberikan impak kepada orang ramai terutama sekali pemilik-pemilik unit dan bangunan di negara ini.

    Orang ramai yang ingin membuat sebarang aduan mengenai isu kebersihan kawasan awam atau pembuangan sampah merata-rata di tempat awam, boleh menghubungi talian e-Darussalam 123, e-mel kepada Info@123.gov.bn, laman sesawang www.123.gov.bn, WhatsApp di talian 8333123 dan hotline Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang di talian 7291122.

    Pegawai dari JBBSB dan ABCi semasa mengadakan perjumpaan dengan pemilik unit dan bangunan komersial. – GAMBAR SERAHAN JBBSB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Semakin ramai pelajar Korea mahu jadi doktor kerana gaji tinggi

    SEOUL, 1 DIS - Pendapatan tinggi telah menjadi sebab utama pelajar sekolah rendah dan menengah di Korea Selatan memilih menjadi doktor perubatan sebagai laluan...