Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perjumpaan khas bincang hala tuju pengakap

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan PPNBD

    TUTONG, 24 FEB – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), hari ini, telah menganjurkan perjumpaan khas bagi ahli-ahli Persaudaraan Baden Powell (BP Guild) bagi membincangkan permasalahan, pandangan dan hala tuju pergerakan pengakap.

    Perjumpaan yang diadakan Bilik Mesyuarat Arrasyid, Bangunan AMAS, Lamunin, Tutong itu telah memberi peluang kepada ahli-ahli mendengar penerangan mengenai BP Guild, perbezaan antara BP Guild dan Adult in Scouting, tugas dan peranannya dalam berpengakap dan kegiatan-kegiatan.

    Antara lain matlamat perjumpaan berkenaan adalah untuk memberigakan tugas dan peranan BP Guild, mendengar permasalahan ahli-ahli selain berkongsi pandangan ke hadapan ahli-ahli dalam memajukan pergerakan pengakap di negara ini.

    Turut hadir semasa perjumpaan berkenaan ialah Ketua Pesuruhjaya, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali; Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Awang Mohammad Arif bin Abd Hadi; Pesuruhjaya Antarabangsa, Haji Abdul Manan bin Haji Abdul Latif dan Pengerusi BP Guild, Pengiran Dr Haji Mohamed bin Pengiran Damit.

    Hadir sama ialah pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap, penolong-penolong pesuruhjaya daerah, pemimpin-pemimpin pengakap dan ahli-ahli BP Guild.

    BP Guild ditubuhkan bagi menyatukan ahli-ahli pengakap lama yang ingin memberikan sumbangan dalam usaha memupuk semangat berpengakap.

    Di samping itu, ia memberikan peluang kepada orang dewasa yang berminat menceburkan diri secara sukarela dalam pergerakan pengakap, selain sebagai platform ahli-ahli untuk memberikan sokongan dan sumbangan yang berterusan demi kelangsungan pergerakan pengakap di negara ini.

    Antara ahli Persaudaraan BP Guild yang hadir pada perjumpaan khas itu.
    Gambar ramai PPNBD bersama BP Guild di Bangunan AMAS, Lamunin, Tutong, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda