Saturday, June 10, 2023
22.5 C
Brunei

    -

    Perjumpaan mantan Pancaragam ABDB eratkan silaturahim

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JUN – Sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), baru-baru ini, mantan-mantan ahli Pancaragam ABDB telah mengadakan Hari Perjumpaan Silaturahim untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara mereka di samping bermaaf-maafan dalam suasana Hari Raya Aidilfitri.

    Antara yang hadir semasa acara tersebut ialah mantan ahli-ahli Pancaragam ABDB daripada pengambilan Malaya hingga pengambilan Berakas Kem serta mantan ahli-ahli pengambilan Bolkiah Kem dan pengambilan Penanjong Garison.

    Majlis diisikan dengan bacaan Doa Selamat bagi bakal-bakal haji daripada kalangan mantan ahli pancaragam serta membaca Surah Al-Fatihah bagi mantan ahli-ahli yang telah kembali ke rahmatullah.

    Majlis yang berlangsung di Restoran Pujangga di Kampung Sungai Akar itu turut diserikan dengan acara bergambar ramai bagi mengabdikan kenangan manis bersama.

    Mantan-mantan ahli Pancaragam ABDB bergambar ramai semasa majlis perjumpaan yang berlangsung di Restoran Pujangga, Kampung Sungai Akar baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea S sasar hubungan sihat dengan China

    SEOUL, 9 JUN - Penasihat keselamatan Korea Selatan, hari ini berkata negara itu berhasrat untuk mewujudkan hubungan sihat dengan China yang menekankan amalan saling...
    - Advertisment -