Tuesday, October 22, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perjumpaan semula imbau kenangan lama

    Oleh Daniel Lim –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Seramai 25 bekas ahli Pasukan Askar Muda Lelaki pengambilan ke-7 bertemu buat pertama kalinya sejak tahun 1985 dalam satu acara perjumpaan penuh nostalgia yang diadakan kelmarin di Restoran Aneka Rasa, Kiulap.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Haji Khairdon bin Haji Dahlan, diikuti dengan ucapan pembukaan oleh wakil kumpulan, Awang Jasani bin Hj Zaini.

    Dalam ucapannya, Awang Jasani menyampaikan rasa syukur yang tulus atas kehadiran bekas ahli-ahli Pasukan Askar Muda Lelaki pengambilan ke-7 dan menyatakan bahawa perjumpaan itu bukan sahaja mengimbau kenangan dan masa yang mereka luangkan bersama, tetapi juga memberi penghormatan kepada tiga bekas ahli mereka yang telah meninggal dunia.

    Gambar ramai bekas ahli Pasukan Askar Muda pengambilan ke-7 semasa acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN HAJI KHAIRDON
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda