Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkahwinan Hannah Delisha, Imam Shah tidak direstui?

    Belum sampai sebulan mendirikan rumah tangga, tiba-tiba angin duka berbisik membawa khabar kurang baik kisah dari Singapura.

    “Perkahwinan mereka tidak mendapat restu si ibu. Itu saja yang saya boleh beritahu. Selebihnya, tanyalah tuan badan,” itulah antara kata-kata ringkas daripada pemanggil misteri yang mendedahkan perkahwinan pelakon dari Singapura, Hannah Delisha, 25, dan Imam Shah, 32, kononnya tidak direstui ibu aktres itu.

    Menguatkan lagi keadaan apabila pihak wartawan  berjaya menemui laman sosial ibu wanita berkenaan iaitu Noor Ashikin Ahmad dan mendapati kata-kata puitis berbentuk luahan perasaan memenuhi ruang.

    Lebih menguatkan lagi teka-teki ini apabila terdapat tanda pagar #IbuTidakRestu pada pengakhiran bait-bait kata ditulisnya itu yang membangkitkan persoalan hubungan dua beranak berkenaan.

    Menerusi catatannya itu, Noor Ashikin seolah-olah memberi bayangan mengenai percintaan pasangan itu dan keputusan mereka mendirikan rumah tangga dibuat tanpa pengetahuan si ibu.

    Ibu kepada Hannah Delisha seolah-olah memberi bayangan mengenai percintaan pasangan itu dan keputusan mereka mendirikan rumah tangga dibuat tanpa pengetahuan si ibu. – Agensi

    Melalui perkongsian tersebut juga, Noor Ashikin yang turut menggelar dirinya Kakcik Wujud menceritakan situasi kehidupan ranjau dan duri yang telah ditempuh bersama anaknya sejak kecil hingga kini.

    “Pernikahan dilaksanakan dalam rahsia, ditutupi pula dengan media,” antara bait-bait penulisannya di Facebook.

    Malah, Noor Ashikin turut menggunakan tanda pagar #ibutidakrestu yang menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai perkahwinan tersebut.

    Noor Ashikin merupakan penyanyi Singapura pada era 80an pernah berkahwin dengan Peter Blackburne Birch yang berasal dari England iaitu bapa kepada Hannah.

    Bagaimanapun, dia yang dihubungi wartawan pada baru-baru ini enggan mengulas mengenai luahannya itu dan hanya meminta pihak media merujuk laman sosial miliknya jika mahukan penjelasan tentang hal berkenaan.

    Manakala usaha laman media mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch gagal apabila pengurus kepada aktres itu tidak menjawab panggilan dan membalas mesej.

    Hannah Delisha atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch melangsungkan pernikahan bersama seorang pelakon dan model senegara, Muhammad Iman Shah Abdul Mutalib di Singapura pada 18 Februari lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda