JAKARTA, 20 JULAI – Dua orang wanita Indonesia telah membuat permohonan maaf selepas satu ‘perkahwinan mewah’ anjing mereka mencetuskan kemarahan di negara berpendapatan sederhana itu, di mana jurang kekayaan adalah salah satu yang paling besar di dunia.
Dua anjing jenis Alaskan Malamutes dikahwinkan pada Jumaat di sebuah kompleks membeli-belah di ibu negara, Jakarta, dipakaikan dengan pakaian tradisional Jawa di samping pemilik dan sanak saudara mereka dalam satu majlis olok-olok yang dilaporkan bernilai 200 juta rupiah (AS$13,350). – AFP

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumaat.

