Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkahwinan Miley Cyrus dan Liam Hemsworth berakhir

    Penyanyi Miley Cyrus dan pelakon Liam Hemsworth kini bercerai secara rasmi.

    Pasangan itu mengakhiri perkahwinan selama lapan bulan itu di hadapan hakim Selasa lalu dan akan berkuat kuasa 22 Februari depan.

    Pada Ogos 2019, Liam telah memfailkan perceraian dengan memetik isu ‘perbezaan yang tidak dapat dipertikaikan’ dan telah diluluskan oleh hakim kerana mempunyai alasan yang kukuh.

    Adik kepada pelakon terkenal iaitu Chris Hemsworth menggunakan khidmat peguam selebriti yang terkenal iaitu Laura Wasser untuk mewakili beliau.

    Kali pertama pasangan tersebut muncul sebagai pasangan kekasih di karpet merah pada anugerah Oscars 2010 dan mereka berpisah pada September 2013.

    Pasangan itu menjalinkan hubungan semula pada 2015 dan berkahwin secara rahsia pada Disember 2018.

    Kali terakhir karpet merah bersama pada Mei 2019 sebelum mereka mengumumkan perpisahan mereka pada Ogos tahun lalu. – Agensi

    Ikatan perkahwinan Miley Cyrus dan Liam Hemsworth berakhir apabila mereka mengakhirinya di depan hakim dan berkuat kuasa pada 22 Februari depan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda