Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Perkahwinan Natalie Portman selama 11 tahun berakhir

    Selepas 11 tahun hidup sebagai suami isteri, pelakon Natalie Portman mengesahkan sudah bercerai dengan Benjamin Millepied.

    Natalie mendedahkan dia memfailkan penceraian terhadap Benjamin sekitar Julai tahun lalu dan perkahwinan mereka akhirnya dibubarkan pada Februari lalu di Perancis. Lapor mStar.

    Menerusi temu bual bersama majalah Vanity Fair, Natalie menyifatkan perkahwinan 11 tahun dengan bekas suaminya itu sebagai mengerikan.

    Katanya lagi, dia langsung tidak mempunyai sebarang keinginan untuk kembali ke pangkuan Benjamin dan mahu meneruskan kehidupan tanpa menoleh ke belakang.

    “Ia mengerikan dan saya tidak mempunyai keinginan berbaik atau berhubungan dengannya lagi,” katanya.

    Natalie dan Benjamin yang berkahwin pada 2012 pernah berpisah dua tahun lalu namun berjaya menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

    Bagaimanapun pada Jun tahun lalu, heboh Benjamin didakwa berlaku curang terhadap isterinya dengan seorang wanita muda berusia 25 tahun dikenali sebagai Camille Etienne.

    Selepas kecurangannya diketahui Natalie, Benjamin sudah melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan kembali kepercayaan Natalie namun tidak berjaya.

    Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aleph, 12 dan Amalia yang kini berusia tujuh tahun. – Agensi

    Natalie dan Benjamin bersama dua orang anak mereka. – mStar

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Ariana Grande berehat panjang?

    Konsert jelajah Eternal Sunshine bermula Jun tahun depan berkemungkinan...

    ‘Nyanyian langsung cabaran baharu di pentas teater’

    Selepas lebih 10 tahun tidak beraksi di pentas teater...

    Bekas isteri bimbang anak ikut wajah Sule

    Penyanyi Nathalie Holscher pernah berasa bimbang untuk menyambut kelahiran...

    Muzium pamer patung lilin Puteri Diana dengan ‘gaun dendam’

    PARIS, 20 NOV – Muzium patung lilin Grevin di...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...