BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JUN – Buat pertama kalinya, Disney bekerjasama dengan Mayer untuk melancarkan perkakasan rumah dan dapur yang mengetengahkan rekaan Mickey and Minnie yang popular dan digemari ramai.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Intracorp (B) Sdn Bhd selaku pengedar jenama Mayer di Brunei, rekaan edisi terhad bagi air fryer, high velocity fan dan USB rechargeable fan itu adalah bagi Mickey Heritage Collection yang secara eksklusif didapati di Singapura, Malaysia dan Brunei.
Pengarah Urusan Mayer Marketing, Singapura, BK Tan dipetik berkata, “Tatkala kami berusaha memberikan kegembiraan ke rumah-rumah, peluang bersama Disney ini membolehkan kami merealisasikan wawasan kami.
“Kami gembira untuk bekerjasama dengan Disney untuk menghasilkan koleksi eksklusif ini yang diharapkan dapat menggembirakan pelanggan dengan membawa kegembiraan, inovasi dan keterujaan ke rumah mereka,” ujar beliau.
Kenyataan menyatakan, Mickey Heritage Collection berkenaan boleh didapati secara esklusif di Intracorp sementara stok masih ada.
