Pada usia berapa kanak-kanak sepatutnya menggunakan media sosial? Patutkah mereka menggunakannya sama sekali? Jika tidak, adakah mereka akan dipandang asing oleh rakan sebaya? Perlukah ibu bapa memantau perbualan mereka? Adakah kawalan ibu bapa berkesan?
Menavigasi media sosial sebagai ibu bapa – apatah lagi kanak-kanak – bukanlah mudah. Menggunakan platform media sosial masih menjadi kelalaian untuk kebanyakan remaja Amerika, dengan Pusat Penyelidikan Pew melaporkan 58 peratus daripada remaja merupakan pengguna harian TikTok, termasuk 17 peratus yang menyifatkan penggunaan TikTok mereka hampir berterusan.
Kira-kira separuh daripada remaja menggunakan Snapchat dan Instagram secara harian, dengan penggunaan hampir berterusan pada 14 peratus untuk setiap seorang.
Tetapi ibu bapa – malahan sesetengah remaja – semakin bimbang mengenai kesan penggunaan media sosial pada golongan muda. Penggubal undang-undang telah mengambil perhatian dan mengadakan beberapa perbicaraan kongres mengenai keselamatan dalam talian kanak-kanak. Tetapi walaupun dengan perpaduan dwipartisan, membuat undang-undang dan syarikat yang mengawal selia mengambil masa.
Setakat ini, tiada peraturan telah diluluskan.
Apa yang ibu bapa – dan remaja – patut lakukan untuk sementara ini? Di sini sedikit tip untuk kekal selamat, berkomunikasi dan menetapkan had bagi media sosial – untuk kanak-kanak dan ibu bapa mereka.
BERAPAKAN UMUR SESUAI?
Adakah 13 merupakan usia sesuai untuk media sosial? Sudah terdapat, secara teknikal, satu peraturan yang melarang kanak-kanak di bawah 13 tahun daripada menggunakan platform yang mengiklankan kepada mereka tanpa persetujuan ibu bapa: Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak yang berkuat kuasa pada 2000, sebelum remaja hari ini dilahirkan.
Matlamatnya adalah untuk melindungi privasi dalam talian kanak-kanak yang memerlukan laman web dan perkhidmatan dalam talian untuk mendedahkan dasar privasi yang jelas untuk mendapatkan persetujuan ibu bapa sebelum mengumpul maklumat peribadi mengenai anak-anak mereka, selain perkara-perkara lain.
Untuk mematuhi, syarikat media sosial secara amnya telah mengharamkan kanak-kanak bawah 13 tahun daripada mendaftar untuk perkhidmatan mereka.
Tetapi masa telah berubah, dan privasi dalam talian tidak lagi satu-satunya kebimbangan apabila berkaitan kanak-kanak berada dalam talian. Terdapat buli, gangguan, dan risiko menghasilkan gangguan makan, pemikiran bunuh diri atau lebih teruk.
Untuk bertahun-tahun, terdapat desakan di antara ibu bapa, para pendidik dan pakar teknologi untuk menunggu bagi memberikan kanak-kanak telefon – dan akses ke media sosial – sehingga mereka berusia, seperti ikrar ‘menunggu sehingga tahun lapan’ yang ditandatangani ibu bapa untuk tidak memberikan anak-anak mereka sebuah telefon pintar sehingga tahun lapan, atau berumur 13 atau 14 tahun.
Sesetengahnya menunggu lebih lama, seperti 16 atau 17.
Jika undang-undang tidak mengharamkan kanak-kanak, perlukah ibu bapa? “Tidak semestinya ada usia sesuai,” kata Christine Elgersma, seorang pakar media sosial di syarikat bukan berasaskan keuntungan Commen Sense Media. Tetapi, dia menambah,”13 berkemungkinan bukan usia yang terbaik untuk kanak-kanak untuk mendapatkan media sosial.”
Undang-undang yang dicadangkan pada ketika ini termasuk larangan menyeluruh ke atas set bawah 13 tahun apabila melibatkan media sosial. Masalahnya? Tidak terdapat cara senang untuk mengesahkan umur seseorang ketika mereka mendaftar untuk aplikasi dan perkhidmatan dalam talian. Dan aplikasi popular remaja hari ini direka untuk orang dewasa pada mulanya. Syarikat-syarikat telah menambah beberapa pelindungan selama bertahun-tahun, kata Elgersma, tetapi ini adalah perubahan sedikit demi sedikit, bukan pemikiran semula asas terhadap perkhidmatan.
“Pemaju perlu mula mereka aplikasi dengan kanak-kanak dalam pemikiran,” tambahnya.
Beberapa eksekutif teknologi, selebriti seperti Jenifer Garner dan ibu bapa dari semua lapisan masyarakat terpaksa melarang anak-anak mereka daripada media sosial sama sekali. Walaupun keputusan adalah keputusan peribadi yang bergantung pada setipa kanak-kanak dan ibu bapa, sesetengah pakar menyatakan ini boleh menyebabkan kepada pengasingan kanak-kanak, yang boleh ditinggalkan daripada aktiviti dan perbincangan dengan rakan-rakan yang berlaku di media sosial atau perkhidmatan sembang.
Satu lagi halangan – kanak-kanak yang tidak pernah berada di media sosial mungkin mendapati diri mereka tidak lengkap untuk menavigasi platform apabila mereka tiba-tiba dibenarkan bebas pada hari mereka mencapai 18 tahun.
BERBINCANG TERBUKA
Pendekatan lebih realistik dan efektif terhadap media sosial, pakar berkata, ia adalah suai tugas yang perlahan dan disengajakan yang memberikan kanak-kanak alat dan informasi mereka perlukan untuk menavigasi dunia di mana hampir mustahil untuk melarikan diri dari tempat seperti TikTok, Instagram dan Snapchat.
“Awda tidak boleh menjangkakan bahawa kanak-kanak akan terjun ke dunia media sosial, belajar berenang sendiri,” kata Natalie Bazarova, seorang profesor komunikasi dan pengarah Makmal Media Sosial Cornell. “ Mereka perlu mendapat arahan.”
Mulakan awal, lebih awal daripada yang awda fikirkan. Elgersma mencadangkan bahawa ibu bapa pergi melalui suapan media sosial mereka sendiri dengan kanak-kanak sebelum mereka cukup dewasa untuk berada dalam talian dan mengadakan perbincangan terbuka tentang apa yang mereka lihat. Bagaimanakah anak awda mengendalikan sebuah situasi di mana rakan daripada seorang rakan meminta mereka untuk menghantar sebuah foto? Atau jika mereka melihat sebuah artikel yang membuatkan mereka marah dan mengongsinya terus?
Untuk kanak-kanak yang lebih tua, kata Elgersma untuk menghampiri mereka dengan rasa ingin tahu dan tertarik, “bertanyakan mengenai apa kawan mereka lakukan atau tidak hanya bertanya soalan terus seperti, ‘Apa yang kamu lakukan di Instagram?’ tetapi sebaliknya, ‘Hei, saya mendengar pempengaruh ini benar-benar popular’ “Dan walaupun anak-anak awda mengoleng mata ia boleh menjadi satu peluang.”
Jangan berkata seperti “Tutupkan benda itu!” ketika anak awda telah menatal untuk jangka masa yang lama, kata Jean Rogers, pengarah Rangkaian Tindakan Masa Skrin Fairplay bukan berasaskan keuntungan.
“Itu tidak menghormati,” kata Rogers. “Ia tidak menghormati bahawa mereka mempunyai seluruh kehidupan dan seluruh dunia dalam peranti tersebut.”
Sebaliknya, Rogers mencadangkan untuk menanyakan mereka soalan tentang perkara mereka lakukan pada telefon mereka, dan lihat perkara yang anak awda sanggup kongsikan.
Kanak-kanak juga berkemungkinan memberi respons kepada ibu bapa dan pendidik “menarik tirai” di media sosial dan alat yang kadangkala licik digunakan syarikat untuk memastikan orang ramai dalam talian dan terlibat, Kata Elgersma. Tonton dokumentari seperti ‘The Social Dilemma’ yang meneroka algoritma, corak gelap dan kitaran maklum balas dopamina media sosial. Atau membaca dengan mereka bagaimana Facebook dan TikTok menjana wang.
“Kanak-kanak suka mengetahui perkara ini, dan ia akan memberikan mereka rasa kuasa,” katanya.
MENETAPKAN HAD
Rogers menyatakan kebanyakan ibu bapa berjaya mengambil telefon anak-anak mereka semalaman untuk mengehadkan penatalan mereka.
Kadang-kadang kanak-kanak mungkin cuba untuk menyelinap kembali telefon, tetapi ini adalah strategi yang cenderung berkesan kerana kanak-kanak memerlukan rehat skrin.
Mereka perlu memberi alasan dengan rakan sebaya mereka untuk tidak menggunakan telefon mereka pada waktu malam,” kata Rogers. “Mereka boleh menyalahkan ibu bapa mereka.”
Ibu bapa mungkin memerlukan had penggunaan telefon mereka sendiri. Rogers berkata adalah berguna untuk menerangkan perkara yang awda lakukan apabila awda mempunyai telefon di tangan di sekeliling anak awda supaya mereka memahami awda tidak menatal laman-laman seperti Instagram tanpa tujuan.
Beritahu anak awda yang awda memeriksa e-mel kerja, melihat resipi untuk makan malam atau membayar bil supaya mereka faham awda tidak berada di sana hanya untuk suka-suka. Kemudian beritahu mereka bila awda merancang untuk meletakkan telefon. – AP