Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkasa belia melalui kesukarelawanan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Seramai 25 peserta dari institusi pengajian tinggi tempatan telah menyertai sesi forum bertajuk Build Your Strength anjuran Persatuan Kemajuan Insan (KESAN) dengan kerjasama kelab Leaders of Tomorrow dari Universiti Teknologi Brunei (UTB).

    Hadir selaku ahli panel ialah Dayang Nurlina Munirah binti Muhd ​​Ali daripada Projek Sealnet Brunei Youth Rise; Dayang Norsuziyani binti Abdullah daripada Projek FEED, Dayang Qabsah Munawarrah binti Alimunawar daripada Projek Bina Ukhwah dan Awang Muiz bin Jahair dari Masjid Belia Ash-Shaliheen.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, program bertujuan untuk mendalamkan pemahaman belia mengenai kerja kesukarelaan dan mewujudkan kesedaran tentang kepentingan kerja kesukarelawanan untuk pembangunan diri.

    Ia juga bertujuan menyediakan platform kepada sukarelawan dari organisasi bukan kerajaan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka agar memberi inspirasi kepada lebih ramai belia untuk melibatkan diri dalam khidmat masyarakat.

    Dayang Nurlina Munirah berkata, “Apabila anda menjadi sukarelawan, anda perlu mempunyai mindset yang betul. Kita boleh belajar daripada pengalaman yang diperoleh menerusi kerja-kerja sukarela untuk membantu kita menjadi lebih matang.”

    Selepas sesi pertama berakhir, para peserta mengambil bahagian dalam sesi permainan peranan di mana mereka diberi senario yang berbeza untuk dilakonkan.

    Kebanyakan senario membabitkan perancangan projek sukarelawan berkaitan penjagaan golongan kurang bernasib baik, kelestarian alam sekitar dan kepemimpinan belia. Sesi tersebut telah memperluas konsep peserta mengenai kerja kesukarelaan yang menekankan pada kesan penglibatan dalam khidmat masyarakat.

    KESAN juga akan menganjurkan tiga lagi program yang sama di mana ia akan memfokuskan untuk para belia berusia 19 hingga 23 tahun sepanjang tahun ini.

    Ahli-ahli panel belia semasa forum berkenaan. – Gambar serahan KESAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda