Thursday, February 13, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkasa jati diri pelajar biasiswa ke luar negara

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Seramai 32 orang pelajar Program Berkembar di Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang akan mengikuti Kursus Perubatan dan Pergigian ke luar negara di bawah Skim Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sesi 2023/2024 mengikuti Program Jati Diri ‘Itqan’ yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini.

    Majlis perasmian program anjuran Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa itu telah diadakan di Dewan Teater 2, Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (PAPRSB IHS), Universiti Brunei Darussalam (UBD) pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan program tersebut ialah Pemangku Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan, Jabatan Pengurusan Biasiswa, Dayang Rosimah Sumaimah binti Haji Matassim.

    Antara perisian program berkenaan adalah taklimat, aktiviti, sesi perkongsian ilmu dan maklumat-maklumat terkini sebagai sebahagian daripada persediaan para pelajar sebelum menjalani pengajian di luar negara.

    Pelajar mengambil peluang mengemukakan soalan semasa program berkenaan. – Gambar serahan Kementerian Pendidikan
    Program Jati Diri ‘Itqan’ yang diadakan di PAPRSB IHS, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda