Friday, November 15, 2024
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkasa kolaborasi sains, tangani ancaman bersama – Pakar  

    BEIJING, 29 MEI – Pakar dan sarjana yang menghadiri Forum Sains Masa Depan yang berlangsung sempena Forum Zhongguancun (ZGC) 2023 di Beijing, berpendapat perlunya untuk memperkasakan kolaborasi sains di peringkat antarabangsa dalam usaha menangani ancaman bersama umat manusia.

    Presiden Universiti Hong Kong (HKU), Profesor Zhang Xiang, berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, isu saintifik khususnya perubahan iklim, pelepasan karbon dan kesihatan manusia  menjadi cabaran yang dihadapi seluruh umat manusia.

    “Justeru, adalah penting sekali untuk memperhebat kerjasama antarabangsa dalam usaha mengatasi cabaran berkenaan,” kata beliau.

    Profesor Emeritus dari Universiti Tokyo, Katsushi Ikeuchi, pula beranggapan bahawa saintis muda perlu terlibat aktif dalam pertukaran antara disiplin dan kolaborasi antarabangsa menerusi platform kebajikan awam, supaya menggerakkan penyelidikan saintifik ke arah lebih efisien.

    Bagi Li Shiuan PEH, Ketua Profesor (Provost’s Chair Professor) dari Jabatan Sains Komputer Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), beliau berpendapat bahawa visi dan perspektif global amat diperlukan ketika saintis muda menjalankan penyelidikan.

    “Saintis muda boleh berkolaborasi dengan ahli penyelidik berpengalaman dalam berbilang disiplin melalui platform kebajikan awam sejagat untuk bertukar-tukar pemahaman tentang isu-isu saintifik, sambil mempercambah idea berhubung penyelidikan saintifik,” kata beliau. – Bernama

    Foto yang diambil pada 25 Mei 2023 menunjukkan majlis perasmian Forum Zhongguancun 2023 di Beijing, ibu negara China. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda