Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkasa pemilik perniagaan menerusi penyelesaian kewangan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Dalam usaha untuk menyokong pertumbuhan perusahaan tempatan, Bank Baiduri telah menganjurkan bengkel sehari bertajuk Mengembangkan Horizon Perniagaan Awda dengan Penyelesaian Kewangan Perdagangan di Baiduri Enterprise Hub, hari ini.

    Bengkel itu mengumpulkan pelanggan korporat daripada portfolio Perbankan Perniagaan dan Perbankan Korporat Baiduri yang antara lain bertujuan untuk melengkapkan pemilik perniagaan dengan pengetahuan praktikal tantang bagaimana penyelesaian kewangan perdagangan boleh digunakan untuk menyokong pengembangan perniagaan, baik secara tempatan mahupun antarabangsa.

    Ketua Kewangan Perdagangan Bank Baiduri, Tiffanni Wong mengendalikan bengkel pada sebelah pagi yang menyentuh beberapa tajuk, antaranya asas dalam kewangan perdagangan, termasuk surat kredit, koleksi dokumentari, pembiayaan sebelum dan selepas penghantaran, pinjaman resit amanah, jaminan dan bon prestasi.

    Pemilik perniagaan juga memperoleh pengetahuan tentang istilah dan proses penghantaran utama, dengan fokus bagaimana Incoterms boleh mempengaruhi pergerakan barang dan pengurusan kos keseluruhan.

    Manakala pada sebelah petang, pemilik perniagaan berpeluang menghadiri sesi nasihat secara peribadi dengan wakil daripada Pasukan Kewangan Perdagangan dan Perbankan Perniagaan Baiduri, serta mengadakan perbincangan mengenai pilihan pembiayaan yang sesuai dengan keperluan perniagaan mereka.

    Acara itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Bank Baiduri untuk menyediakan sokongan bernilai tambah kepada PKS dan syarikat korporat, membantu mereka membina kemampanan kewangan dan mengejar peluang baharu merentas sempadan.

    Para peserta bergambar ramai semasa bengkel yang diadakan di Baiduri Enterprise Hub, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Rockets atasi Cavs