Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perkasa produk tambah nilai, pemacu ekonomi negara

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Salah satu faktor untu menjadi umat yang kuat, kaya atau tidak miskin ialah dengan bekerja dan berusaha serta menjuahi diri dari sifat lemah dan malas, dan antara sumber kekuatan yang menjadi kelangsungan hidup umat ialah bidang pertanian dan perikanan.

    Sektor pertanian dan perikanan merupakan salah satu sektor yang berpotensi besar dalam meningkatkan ekonomi sesebuah negara.

    Khatib menjelaskan perkara itu semasa menyampaikan khutbah Jumaat dengan tajuk, ‘Memperkasa produk tambah nilai, pemacu ekonomi negara’ hari ini.

    Antara aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan perikanan, jelasnya, adalah penghasilan atau pengeluran makanan seperti penanaman dan perternak seperti lembu, kambing, ayam, ikan dan sebagainya.

    Khatib turut mengongsikan, terdapat ayat Al-Quran menyebut tentang hasil tanan dan buah-buahan yang beraneka macam dan ini menunjukkan betapa mustahak bidang pertanian pada pandangan Islam.

    “Rasulullah S.A.W. juga telah mengingatkan tentang betapa perlunya tanah pertanian itu dibangungkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah itu terbiar dan dibazirkan dengan begitu sahaja,” tambahnya.

    – Gambar oleh Muiz Matdani

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Sabtu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...