Monday, March 31, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkataan ‘gigil’, ‘alamak’ ditambah dalam kamus Oxford

    LONDON, 28 MAC – Perkataan ‘Gigil’ dari Filipina telah ditambah dalam Kamus Inggeris Oxford (OED), yang merujuk kepada perasaan yang sangat mendalam apabila melihat sesuatu yang comel atau menggemaskan, lapor agensi Anadolu (AA).

    Gigil adalah antara banyak perkataan baharu yang telah ditambah kepada OED, kamus itu mengumumkan kelmarin dalam kemas kini Mac tahun ini.

    Perkataan baharu itu berasal daripada bahasa Tagalog-antara bahasa utama yang dituturkan di Filipina – tetapi kini ia juga digunakan dalam bahasa Inggeris Filipina.

    Tambahan lain ialah ‘alamak’, perkataan baharu dari Malaysia dan Singapura. Asal usul perkataan itu tidak pasti tetapi ia mungkin berasal dari bahasa Arab atau Portugis.

    Alamak digunakan untuk menyatakan kejutan, kekeliruan, kebingungan, atau kemarahan.
    Kamus itu juga menambah perkataan baharu dari Afrika Selatan, ‘yoh’, yang dikesan sejak 1855.

    Kamus tersebut menyatakan bahawa yoh mewakili seruan atau jeritan yang digunakan untuk meluahkan pelbagai emosi atau reaksi (seperti kejutan, kekaguman, ketidakpercayaan, atau kesedihan). – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda