Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkembangan kes COVID-19 empat negara

    ASEAN, 29 OGOS – Jumlah kes koronavirus yang disahkan di Filipina telah meningkat kepada 1,954,023 selepas Jabatan Kesihatan (DOH) negara itu melaporkan 18,528 kes harian baharu hari ini, yang kedua tertinggi dicatatkan.

    DOH menambah jumlah kematian turut meningkat kepada 33,109 selepas 101 lagi pesakit mati akibat penyakit itu.

    Hari ini, DOH turut mengesahkan 516 kes baharu Delta dan setata ini telah mengesan 1,789 keseluruhan varian Delta.

    “Kami menjangkakan jumlah kes itu akan meningkat dalam masa beberapa hari,” kata Penolong Setiausaha Kesihatan, Maria Rosario Vergeire memberitahu sidang media.

    Vergeire berkata lebih 70 kawasan termasuk Metro Manila dalam tahap kecemasan keempat di seluruh negara.

    Kakitangan kesihatan ketika memberikan suntikan dos vaksin di tapak pandu lalu vaksinasi di Manila, Filipina pada 29 Ogos. – Xinhua

    Setakat 26 Ogos, Filipina telah memberikan hampir 32 juta dos vaksin COVID-19 dan telah memvaksin kira-kira 13.5 juta orang. Ia berhasrat untuk sepenuhnya menginokulasi kira-kira 70 juta penduduk tahun ini.

    Filipina yang mempunyai sekitar 110 juta penduduk telah menguji lebih 17 juta orang sejak penularan pandemik pada Januari 2020.

    Sementara itu, jumlah kes jangkitan COVID-19 Thailand turut meningkat kepada 1,174,091 setelah 16,536 lagi kes harian dikesan dalam tempoh 24 jam, kata Kementerian Kesihatan Awam negara itu hari ini.

    Negara itu juga melaporkan 264 kematian yang menjadikan jumlah kumulatif korban jiwa kepada 11,143, menurut data yang dikeluarkan oleh kementerian tersebut.

    Setakat ini, 10.4 peratus daripada 69 juta penduduknya sudah menerima vaksin lengkap yang bermula pada 28 Februari lalu.

    Manakala itu, Vietnam hari ini melaporkan sebanyak 12,663 kes baharu jangkitan COVID-19 termasuk 12,619 jangkitan tempatan dan 44 kes import, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

    Jangkitan baharu itu membawa jumlah keseluruhannya kepada 435,132 dengan 10,749 kematian, kata kementerian.

    Di Indonesia, jumlah kes harian COVID-19 pula meningkat sebanyak 7,427 dalam masa sehari kepada 4,073,831, dengan jumlah kematian bertambah 551 kepada 131,923, menurut Kementerian Kesihatan negara itu hari ini.

    Setakat ini, kira-kira 34.85 juta orang di negara itu telah menerima dua dos vaksin, sementara 61.65 juta baru mengambil satu dos, tambah kementerian.

    Indonesia menyasarkan untuk memvaksin 208.2 juta orang di seluruh negara itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda