Sunday, September 29, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkenal Halalan Thayyiban kepada warga emas

    Oleh Daniel lim –

    BELAIT, 16 JUN – Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan (PPK) telah mengendalikan ceramah mengenai Halalan Thayyiban sebagai sebahagian daripada siri program kesihatan untuk warga emas yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kampung Pandan, Kuala Belait, kelmarin.
     
    Program berkenaan merupakan inisiatif PPK dalam usaha memperkasa warga emas untuk mengamalkan cara hidup sihat yang berterusan. 
     
    Untuk siri kali ini, PPK telah menjemput Penolong Pensyarah, Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dayang Nor Surilawana binti Haji Sulaiman, untuk mengongsikan ilmu mengenai konsep pemakanan Halalan Thayyiban dalam usaha mengekalkan kesihatan mampan kepada warga-warga emas.
     
    Program tersebut antara lain bertujuan untuk melengkapkan warga emas dengan pengetahuan konsep dan prinsip halal, konsep asas kebersihan dan keselamatan makanan bagi amalan mampan serta tip amalan semak sebelum beli.
     
    Inisiatif itu juga bertujuan untuk menyokong matlamat Wawasan Brunei 2035 nombor dua untuk memiliki kualiti kehidupan yang tinggi.
     
    Ia juga selaras dengan prinsip Maqasid Syariah dalam memelihara akal, akidah, nyawa dan kekayaan serta komitmen global seperti matlamat pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), khususnya SDG 3 (Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik).
     
    Dayang Nor Surilawana menyampaikan ceramah kepada para peserta. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara latihan praktikal yang diadakan dalam program itu. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda