LONDON, 27 April – Putera William dan isterinya, Kate Middleton telah menamakan puteranya dengan nama Louis Arthur Charles, menurut pengumuman Kensington Palace hari ini.
“Duke dan Duchess of Cambridge teruja untuk mengumumkan bahawa mereka telah menamakan putera mereka, Louis Arhur Charles,” menurut kenyataan istana itu.
“Putera itu akan digelar sebagai Duli Yang Teramat Mulia Prince Louis of Cambridge.”
Nama itu diambil bersempena nama bapa saudara Putera William, Louis Mountbatten, yang dibunuh oleh IRA pada 1979 sementara Charles merupakan nama kepada bapa Putera William.
Arthur telah menjadi kegemaran daripada tiga orang anak pasangan itu.

Louis menduduki tempat ke-71 dalam nama yang paling popular untuk anak kecil lelaki di England dan Wales.
Putera Louis mempunyai berat 3.8 kilogram apabila ia dilahirkan pada jam 11:01 pagi waktu setempat pada Isnin lalu bersama Putera William yang turut hadir bagi menyambut kelahiran.
Pasangan itu keluar dari Hospital St. Mary di tengah London untuk menyambut orang ramai dan media luar yang berkumpul di luar hospital itu.
Dua daripada anak pasangan itu, Putera George dan Puteri Charlotte telah bertemu dengan adik mereka awal petang hari ini sebelum kembali ke Kensington Palace.
Putera Louis merupakan cicit keenam Queen Elizabeth yang baharu sahaja menyambut ulang tahunnya ke-92 pada Sabtu lalu dan suaminya, Putera Philip. – AFP