Thursday, February 13, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkenan pelantikan Haji Shaharuddin Khairul

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 FEB – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan Pengarah Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan, Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan.

    Tarikh pelantikan pegawai berkenaan berkuat kuasa mulai 13 Februari.

    Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda