Wednesday, December 11, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkenan pelantikan pegawai kanan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 SEPT – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan bahawa Baginda telah me-ngurniakan titah perkenan bagi pelantikan beberapa orang pegawai kanan.

    Pemerintah Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, 412 Brigadier Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin telah dilantik menjadi Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan.

    Pengarah Kewangan dan Perolehan di Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Kementerian Pertahanan, Poh Kui Choon kini dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan.

    Tarikh pelantikan pegawai-pegawai tersebut berkuat kuasa mulai 26 September 2023.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda