BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengurniakan titah perkenan bagi Pengarah Pengajian lslam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) Haji Shamshol bin Haji Omar, untuk dinaikkan pangkat dan seterusnya dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keagamaan), KHEU.
Tarikh kenaikan pangkat dan pelantikan pegawai berkenaan berkuat kuasa mulai 12 Mei 2025.
