Monday, March 31, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkenan pelantikan, penetapan jawatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah berkenan untuk melantik Pemangku Pengarah Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Yang Amat Mulia Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji ldris menjadi penolong kanan pesuruhjaya polis (SAC) dan seterusnya ditetapkan dalam jawatan sebagai Pengarah Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, PPDB dengan tarikh lantikan dan penetapan jawatan berkuat kuasa mulai 26 Julai.

    Gambar serahan JPM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda